Saturday 12 March 2011

Aku Telah Hilang

Sibuk buat aku lupa segalanya. Satu masa bila mula 'slipped', dah hilang pedoman, hilang aturan, hilang entah apa lagilah. Dan sekarang, nak gapai semula apa yang sepatutnya, dah jadi tak bersemangat, tak berkeinginan, tak berperasaan. Semuanya sekarang lebih banyak mengikut 'nafsu binatang' iaitu keperluan makan dan tidur saja. Yang lainnya, entah......

Jadilah hidup macam tak bertujuan. Bangun pagi, terkejar-kejar mandi dan gosok baju. Balik sekolah pula, sambung tidur pagi tadi. Jadi, apa yang aku dapat?

Nothing!

And I was thinking, is this what will happen bila dah mula kerja nanti?

But wait! Maybe sebab aku duduk rumah Mak. It's not just me. Even Bear yang super rajin tu pun jadi malas bila di rumah. Okay, best betul alasan ni.

But frankly, itulah yang sebenarnya. Jika anda melihat aku seorang yang malas di hostel, for example, aku jadi tiga kali ganda malas bila di rumah. Cuma hari ini saja aku jadi baik sikit (sebab tak pergi sekolah sudah dan Mak sibuk dan tak ada di rumah). Aku masak lunch, dan aku sapu sampah. Seriously, kalau aku dua bulan berada di rumah, aku tak pernah buat satu apa pun kerja.

Oh, sungguh manja 'anak bongsu' Encik Mail dan Puan Sarina ini. Dan life pun jadi macam zaman muda-muda dulu.

Selama bukan di rumah, memang bilik aku akan jadi bersepah. But never lose anything before. Sekarang aku dah hilang macam-macam. Handsocks, sarung kaki, cincin (baru jumpa tadi), rantai leher yang Mak Abah beri dari aku kecil dulu, dan entah apa lagi. Hidup jadi serabut.

And aku baru berjinak-jinak dengan homemade jewelery sebenarnya, dan actually, I don't use the right glue to attach the things, jadi semuanya tertanggal semula selepas di'gam'kan. Dan yes, hidup jadi serabut juga sebab this kind of thing involves small beads and components.

Dan baju-baju pun berteraburan.

How can I survive dalam seminggu ni? The answer is I don't even feel I am alive. Buat PBS pun tak rasa apa-apa, tambah lagi dengan demamnya.

Dan another week to go? Please, don't let me be at home lagi dah. For a while, okay. But for two weeks?

Terasa nak balik maktab saja sekarang ni. Can I?

No comments: