Thursday 3 December 2009

Aging Process

Sekarang sudah Disember 2009. Tak lama lagi akan berpindah ke tahun 2010. Bermakna umur memendek dan usia bertambah. 23 tahun hidup, dan xxx tahun lagi akan hidup.

Terima kasih kepada Ila sebab tolong contact 'orang besar' Bahagian Tajaan, di mana akhirnya aku dapat tahu akan status aku sekarang.

Menurut apa yang dicatat dalam fail milik aku, aku akan menyambung semula pelajaran, mengambil Ijazah Sarjana Muda, kemungkinan besar dalam bidang Sains, di mana-mana maktab perguruan yang akan ditetapkan nanti.

Oleh kerana aku hanya punya SPM (A-Level tidak diterima di Malaysia, malangnya), maka kemasukan ke maktab haruslah bersama-sama dengan ADIK-ADIK yang sedang menduduki peperiksaan SPM sekarang ini.

Aku katakan pada Abang, kalau aku mengaku umur aku 18 tahun juga nanti, sama seperti yang lain, adakah mereka akan percaya?

Mengikut pengalaman, andai si muda tahu yang di sebelahnya ialah seorang yang berusia bukan setahun dua tetapi 6-7 tahun lebih tua daripadanya, adakah mereka akan bersikap normal dan tidak hipokrit di dalam pergaulan?

Jawapannya, TIDAK.

Mereka lebih cenderung untuk 'hormat'. Aku tak perlukan hormat, aku perlukan rakan.

Selamat datang usia muda.

No comments: