Tuesday 1 December 2009

Hitamnya Semalam


Hitamnya semalam
Bukti manusia ini selalu tersadung
Matanya celik
Namun terhijab terus dari realiti.

Mungkinkah cantik dilihat
Kiri dan kanan berpesta berkarya
Melaung kebebasan mencipta keindahan
Mendakwa hak milik mutlak setiap manusia.

Racun itu bagaikan madu
Sedap dan ketagihan tak dapat dilupakan
Apakah itu yang selalu kita suapkan
Dalam membina tubuh seorang insan?

Jika sudah terjatuh menyembah bumi
Tahulah juga asalnya kita
Bukan sekadar menganggapnya takdir
Teruskan juga kehidupan lama.

Pandanglah semula ke hadapan
Itu tempat semadinya kita
Hiraukan apa yang berlaku
Murka juga kita sengsara.

Hitamnya semalam
Ingat ingatkan
Hitamnya semalam
Kita cerahkan.



Hafiz Ismail
1 Disember 2009
14 Zulhijjah 1430 H
7.29 malam
Raub, Pahang

No comments: