Friday 11 December 2009

Dunia Yang Tak Pernah Memuaskan

Pernah terfikir, 'Seronoknya jadi macam F tu. Cantik pun ya, pandai gila, perangai pun baik. Untunglah siapa yang dapat kahwin dengan dia.'

Itu antara dialog biasa apabila kita bertemu atau mengenali seseorang yang kita anggap sangat hebat di mata kita.

Memandang tinggi pada orang lain, tapi dalam masa yang sama menyesali diri kerana tak nampak sempurna dan seindah orang lain.

Sedarkah kita, tak semua orang sempurna. Kecacatan dan 'kesumbingan' itu pasti ada, cuma lain kategorinya daripada kita.

Kita selalu mengkelaskan orang dengan rupa paras, kelakuan, kekayaan dan kebijaksanaan. Tidaklah salah 100%. Ada gunanya bila kita melihat orang lebih daripada kita. Ianya mendorong kita untuk jadi lebih baik dari mereka. Itu adalah antara sifat 'hasad' yang dibenarkan.

Tetapi rata-rata kita lihat manusia gemar berangan-angan. Ingin mencapai seribu kejayaan, tetapi hanya tinggal angan-angan.

Dalam dunia sekarang, wang menjadi ukuran yang lebih utama. Masakan tidak, untuk kelihatan lebih cantik, wang diperlukan. Untuk mendapatkan pendidikan yang lebih baik, wang juga diperlukan. Untuk berjaya, wang amat diperlukan.

Tapi kita lupa, itu hanyalah alat. Kejayaan itu, terletak pada usaha yang gigih, yang berani bangun semula setelah dijatuhkan atau terjatuh, dan yang pastinya, dengan izin Allah Yang Maha Kuasa. Kerana dengan kekuasaan Allah-lah, manusia yang semalamnya kelihatan hina, nampak gah dalam sekelip mata.

Ingin aku sentuh sedikit, menegur diri sendiri. Kemenangan itu bukan dengan doa semata-mata. Kuatkan lagi keazaman, kenal pasti semula apa tujuan, dan teruskan berusaha dan berdoa.

Hidupmu yang kelam kabut dan samar-samar ini pasti akan terlerai di hujung nanti.

No comments: