Wednesday 20 January 2010

Hidup

Teringat zaman kolej, bila berada di sini. Agak terpencil (sebab asrama dan kelas jauh dari jalan besar), susah nak keluar (sebab aku tak ada kenderaan sendiri + malas nak menapak ke perhentian bas di hadapan IPG), dan berada di tengah hutan.

Memetik kata-kata Faiq (member kelas) siang tadi, 'Aku dengar bunyi sampah kena selongkar. Ingatkan kucing, rupa-rupanya babi!'

Aku kira kata-katanya di atas dapat menerangkan suasana tempat ini.

Pada aku, tentang kemudahan infrastruktur dan keselesaan, aku lebih suka berada di Cardiff. Cuma jika pada waktu itu aku guna broadband, mungkin aku jadi lebih suka. Ya, internet sangat penting di zaman ini.

Menyentuh tentang budaya pembelajaran, agak suram. Tak dinafikan ada yang sangat rajin. Tapi aku lihat kebanyakkan mereka suka bermain, macam aku dulu-dulu. Sangat susah nak jumpa orang yang workaholic atau serius. Kontras dengan suasana di kolej mahupun universiti di mana kita jumpa pelajar yang nampak sangat sempoi, selamba, kutu, serabai, gila-gila, mat metal, dan apa saja yang ada, jadi 'nerd' bila belajar atau buat kerja.

Apa pun, harapan diri semoga semua akan berjaya dapatkan ijazah. Terutamanya aku sendirilah. Umur dah meningkat. Dah dapat degree nanti, bolehlah aku tumpukan kepada apa yang aku nak capai pula. Emm, walau ada perasaan kurang selesa dek jadi tumpuan utama sekarang ni, segala perbuatan kita orang tengok, kaji, cakap, caci, komen etc; tapi tak mengapalah. Aku manusia biasa, orang kenal lama pun tahu aku asalnya macam mana, so kena sabar. Lagipun mereka budak-budak, masih tak terbuka pada dunia luar.

Bak kata ustaz yang beri tazkirah semalam, 'mereka manusia biasa, maafkanlah.......'

No comments: