Monday 4 January 2010

Muka Sama

Adik beradik memanglah muka sama kan? Hehe..

Tapi aku baru saja sedar yang muka Angah memang sangat iras dengan aku, bila aku tengok gambar ke zoo dulu (ada aku letak sebelum ni).

Emm, setiap daripada kami pasti ada ciri-ciri yang ada pada Mak dan Abah. Ada antara kami yang punya persamaan, dan perbezaan yang ketara.

Semalam aku berborak panjang lebar dengan Bear, tentang kami. Dahulu katil yang sedang aku gunakan ini, dikongsi empat orang. Katil atas digunakan oleh Angah (sebab Angah tak ngam dengan aku dan Dekli), manakala katil bawah yang bersaiz besar digunakan oleh aku, Bear dan Dekli.

Mengenang kembali, masa itu aku baru berusia 10 tahun, Angah 8 tahun, Bear 6 tahun dan Dekli 4 tahun. Zakwan dan Kecik tak ada lagi. Rasa macam cepat sungguh masa berlalu, tak sedar dah 13 tahun berlalu. Aku yang sejak dulu kecil tak berubah banyak. Angah, Bear dan Dekli pula terlalu cepat membesar dan meninggi. Paling tak disangka Dekli-lah. Kalau dulu dia kecil saja, sekarang dah macam bapak budak, malahan paling besar antara kami 6 beradik.

Bila dikenang-kenang, sedikit sekali kenangan yang aku ingat bersama keluarga aku. Tak teringat bagaimana seronoknya aku dulu. Sayang rasanya nak tinggalkan rumah, adik-adik aku yang masih kecil 2 orang ini, Mak Abah, (Dekli?) bolehlah.

Satu persatu pergi, mencari dan membina hidup sendiri. Tinggallah ibu dan ayah menanti berita, menyambung keringat untuk yang masih berbaki. Sungguh, aku akan rindukan rumah ini dan segala penghuninya, kerana baru sekarang aku rasa indahnya ikatan itu.

Please-lah. Dekat saja ok!!

Emm, I think I'm going to be like Yetta when I reach 40. Tidak!! NaudzubiLlah.

No comments: