Sunday 24 January 2010

Basah Kuyup Jam 1 Pagi

Bukan kerana hujan lebat yang sudah dua hari melanda daerah Lipis, semenjak kemangkatan Sultan Johor kelmarin. Tetapi punya kaitan juga dengan hujan lebat tersebut. Kerana hujan, maka ampaian banyak yang kosong. Maka aktiviti menyental pakaian sebakul dua adalah idea yang bernas walaupun kekhuatiran hujan akan turun lagi. Tapi, kalau takut hujan turun memanjang, sampai bila pun tak akan berbasuh baju tu. Maka di atas kesempatan di waktu tengah malam hingga ke jam 1 pagi tadi dipenuhi dengan aktiviti membasuh.

Maka entri ini adalah berkenaan membasuh baju.

Hehe..

No comments: