Saturday 16 January 2010

Broadband Celcom 3G

AlhamduliLlah, Allah beri kurnia besar selepas kejadian menyayat hati siang tadi. Berbekalkan niat untuk bertanya tentang broadband di blue cube di bandar baru Lipis, Allah permudahkan dengan adanya promosi melanggan broadband dengan harga permulaan sebanyak RM100. Sedang elok ada RM100 dalam genggaman. Syukur tak terkira. Kalaulah aku mengikut sangat kata teman-teman yang sudah ada, kata mereka dalam RM200 termasuk modem. Aku dapat beli dengan half price, dalam keadaan ekonomi yang terlalu bergantung kepada duit mak abah semata-mata sekarang ni, rasa sangat bersyukurlah.

Internet di sini, satu keperluan. Assignment, tutorial, memerlukan sumber online. Juga untuk rujukan peribadi, perlu juga online. Untuk tambah ilmu, membaca (ini termasuk Naruto dan Bleach), perlu juga online.

Selama ini belajar tak perlu sangat nak guna internet. Sekarang, sangat perlu ada internet.

Oh ya, promosi ini untuk tiga bulan sahaja. Dan untuk bayaran bulan ada dua pakej, sama ada RM68 ataupun RM98 per month. Ini promosi sahaja.

Sekarang rasa seronok, even badan lembik akibat hampir pengsan tadi, juga 'benda' tu macam nak menyerang.

Anyway, tak cerita pun sangat lagi pasal tempat baru ni.

Lain kali sajalah.

No comments: