Thursday 28 January 2010

Siapa Dihatimu

Mari berjiwang!!!

No-lah. Saja nak bercerita.

Aku ada beberapa orang lelaki yang pernah menjadi seseorang yang menyinari hidup. Oleh kerana aku tak rapat dengan keluarga, dan tak punya rakan yang betul-betul memahami dan rapat, maka beberapa orang lelaki ini memang sandaran utama.

Tapi got to remember. Jodoh ini ketentuan Allah. Maka, apabila kegagalan itu berlaku ada sebabnya. Pertemuan itu juga ada sebabnya.

AlhamduliLlah, beberapa orang lelaki dalam hidup aku ini, berjaya mengajar aku, untuk lebih berhati-hati, bertoleransi, juga secara tak langsung memulakan konflik pencarian Tuhan dalam hidup aku, lantas membawa aku ke tempat aku berada sekarang. Terima kasih ya Allah atas perhatian dan bantuan juga ujian yang telah Engkau berikan kepada aku.

Apa yang dah berlaku, semoga kita jadikan ingatan bagi diri. Juga ingatlah, dalam hidup ini, walau payah dan sakit macam mana pun, semuanya nikmat Allah. We got to get a way to resolve the complication.

Selama usia aku yang tak seberapa ini, banyak sungguh yang aku belajar. Walau tak sehebat orang yang miskin dan hidup melarat, tapi apa saja benda yang telah berlaku, adalah istimewa khas untuk kita saja. Sama ada kita biarkan apa saja yang dah berlalu, atau berfikir apa yang ada di sebaliknya, pilihan ditangan kita.

Dari sampah, aku cuba untuk jadi manusia. Proses itu bukan dengan sekelip mata. Siapa saja boleh berubah. Usaha itu perlu.

No comments: