Sunday 16 May 2010

It Happens

Ah, ketentuan Allah. Tak menyalahkan, tapi apa yang aku takuti dah terjadi.

AKU DEMAM.

Memang agak menyedihkan sebenarnya. And it takes lots of effort and some time before I realised ini adalah ujian Allah untuk aku. And I should be happy with it. HE STILL LOVES ME. Despite all the things that happen today, yesterday and hari-hari yang akan mendatang.

Today, fortunately I realised that 20th May is on Thursday, not Friday as I thought weeks before. Haha... jenis orang tak pernah nak ingat sangat tarikh. Well, I just realised today is 16th. Hari guru. And I said something pada mak about teachers.

Aku pernah tulis berkenaan dengan guru. Lebih kepada kritikan. Aku banyak mengkritik, bukan untuk point out kesalahan tapi untuk dipositifkan dan menjadi perkara-perkara yang boleh diambil pengajaran mengenainya dan dibaiki demi kepentingan semua.

Kali ini aku nak bercakap berkenaan menghormati guru. Dalam adab kita sebagai orang Melayu, juga Islam sendiri, memang mengajar kita untuk menghormati guru. Tapi pada pendapat aku sendiri, tak semua guru perlu kita hormat. This is because mereka makhluk yang boleh berfikir dan membuat pilihan. Pilihan mereka untuk berperangai mengalahkan budak-budak, pada hemat aku, tidak menggalakkan pelajar untuk menghormati mereka.

Guru adalah seseorang yang berusia lebih tua daripada murid-murid mereka. Orang yang lebih tua mempunyai ego yang lebih. Mereka menganggap diri mereka sentiasa betul, ego jika mendapat teguran daripada murid-murid terutamanya, dan berpegangan bahawa kata-kata mereka WAJIB dituruti. Benar, guru merupakan golongan yang mulia dan dimuliakan. Namun begitu, ini bukan tiket untuk mereka MERAIH kemuliaan daripada murid-murid.

Kanak-kanak juga manusia. Mereka ada akal, ada perasaan. Rasa hormat pada seseorang itu bukan boleh dipaksa-paksa. Apatah lagi jika murid sendiri rasa muak dengan guru. Manakan datang rasa hormat itu andai ada kebencian dalam hati?

Solutionnya mudah. Jadilah seseorang yang wajar untuk dihormati, ANDAI MAHU DIHORMATI. Namun, sebagai seorang hamba Allah yang kerdil, penghormatan itu bukanlah pokok utama dalam melaksanakan tugas mendidik manusia. Ikhlaskan diri dan cubalah terima untuk mendapat imbuhan yang tidak setara dengan 'pengorbanan' yang dilakukan. Kenapa perlu rasa ditindas kerana banyak pandangan serong daripada orang lain, dan gaji tidak sepadan dengan kelayakan, atau kerja bertimbun-timbun? KITA MERAIH SIMPATI DARIPADA ORANG LAIN. KITA MEMINTA SUPAYA DIHORMATI DAN DISANJUNGI.

Sangat tak malu orang yang berfikir sedemikian.

Namun, tak salah untuk meminta gaji dinaikkan. Tak salah untuk meminta supaya bebanan kerja dikurangkan. Yang salah adalah meminta-minta sebegitu rupa seolah-olah kita ini mangsa. Andai sedar diri ini mangsa, berusaha untuk memperbaiki keadaan bagus juga. Daripada menjaja-jaja diri.

Ini apa yang aku lihat pada bakal guru yang masih sangat muda dan guru-guru yang dah pun tua tapi 'berjiwa muda'. Bukan semua, tapi itulah mentaliti yang ada.

Itu baru jadi cikgu. Bila jadi ibu bapa nanti, begitulah juga yang terjadi.

No comments: