Sunday 23 May 2010

Kerana Aku Cinta

Bila tengok budak-budak, rasa macam seronok. Teringat sepupu-sepupu yang tiap hujung minggu pasti kami sama-sama berkumpul. Bila masing-masing duduk dekat macam ni, rasa seronok. Macam zaman aku kecil dulu. Dan pastinya tumpuan utama kami tak kira yang kecil atau besar adalah kepada budak kecik ni.



Her name is Munira Aqilah. Berusia lebih kurang 3 tahun. Sangat..petah..dan..bijak. Bila dia buat apa-apa, rasa geram saja tengok keletah dia. By the way, she's a mix of Malay and Indian, and she looks more Indian than Malay.

Kanak-kanak ini, tidak dinafikan, kadang-kadang buat kita rasa menyampah dan meluat. Yep, yang jenis tak dengar kata, suka mengamuk. Tapi fikir-fikirkan, kenapa kanak-kanak boleh jadi macam tu?

As we all know, kids learn from what they see. Kalau mak ayah jenis suka mengamuk, anak-anak besar kemungkinan jadi macam tu. Kalau mak ayah jenis suka mengambil kesempatan atas orang lain, anak-anak pun membesar dengan didikan sedemikian rupa.

And as our kids growing up, the tantrums, the problems, anything that we find so irritating, means that there are flaws being picked by the little ones throughout the time. Dan sangat menyedihkan andainya anak yang kita timang-timang dan tatang menjadi seseorang yang bengis dan pemarah, tidak berpekerti baik, malah melawan kita semula secara fizikal mahupun kata-kata.

Kami diajar sebagai bakal guru ini untuk menerapkan nilai-nilai murni semasa di sekolah, agar menjadi ikutan murid, supaya manusia yang lahir nanti sempurna dan seimbang termasuklah dari segi emosi dan rohani. Cuba kira sekarang, berapa ramai remaja dan kanak-kanak yang benar-benar menghormati orang tua? Berapa ramai remaja dan kanak-kanak yang berkata-kata kesat, malah hingga jadi suatu yang biasa? Berapa ramai remaja dan kanak-kanak yang solat cukup 5 waktu sehari semalam?

Everything starts from the house. Tanggungjawab mendidik itu dipikul oleh ibubapa. Teachers just adding the spices to be much better.

Remaja awal belasan tahun sudah ramai yang ketagih seks, ketagih dadah dan menghidu gam. Tak dikira lagi dengan yang menyertai kumpulan-kumpulan samseng.

Aku cinta pada kanak-kanak, dan bila meningkat dewasa, aku sedih melihat kanak-kanak sewaktu kecilnya sangat naive kini menjadi seseorang yang tak sepatutnya. Cool itu bukan diukur dengan keberanian melakukan sesuatu yang dilarang atau 'jadi budak nakal'.

I just hope, kita yang sudah dewasa ini, punya kekuatan dan akal yang waras, bimbinglah adik-adik dan anak-anak kita. Janganlah kita sekali hanyut dalam dunia ini. Kalau kita sendiri lagi masih belum memikirkan tentang masa depan dan realiti hari ini, susahlah.

Kalau bukan kita, siapa lagi?

No comments: