Thursday 13 May 2010

Sangat Marah

Sebenarnya nak bercerita panjang. Tapi tak tahu apa yang patut diceritakan. Apa kata kalau cerita tentang marah?

Marah itu sinonim dengan kita. Kalau tunggu lama sikit, nak marah. Jalan tersepak batu, nak marah. Orang bising-bising, nak marah. Sakit sikit, marah. Sakit banyak, tahu pula nak slow down.

Lawan kepada marah, tentulah sabar. Besar kelebihan kalau sabar. Yang pertama, darah kita pun tak mendidih dan nafas pun teratur. Orang pun taklah mengecop kita ni panas baran. Kalau marah budak-budak, beri kesan kepada emosi dan psikologi mereka. Kalau marah batu yang kita sepak, nampak macam bodoh sebab marah pada batu. Marah batu buat apa, bukan salah dia. Yang menyepaknya kita. Patutnya batu tu yang marah kita. Tak payahlah nak salahkan sesiapa. Itu pun satu masalah juga. Musibah datang, salahkan itu ini.

Mudah ke nak tahan marah, nak bersabar ni? Susah beb!! Tapi takkan tunggu darah muda jadi tua baru nak bersabar kan? So, everything starts with practice. And everything should start now.

Pernah aku jadi panas baran tahap main pisau-pisau api. Pernah juga ada perasaan marah pada suami hingga tahap nak bunuh anak-anak depan suami baru puas hatinya. Alangkah dangkal pemikiran yang didorong oleh marah hingga mendesak diri untuk jadi seorang pembunuh. Juga pernah seseorang yang aku kenal sangat tinggi tahap marahnya sampai lari susunan gigi kerana mengetap diri dek marah yang teramat sangat.

Masa kita marah, nampak sangat keputusan yang kita ambil adalah berasaskan nafsu semata dan tidak tepat langsung. Contohnya, kerana marah kepada anak yang tak henti-henti merengek, kita menampar, memukul dan mencubit kanak-kanak yang pada ketika itu fungsi akal mereka tidak cukup sempurna lagi berbanding kita. Wajar ke?

Baru-baru ini, aku menengking Kecik yang sememangnya selalu rapat-rapat dengan aku kerana suka sangat aku balik rumah. Dia rasa attached dengan aku, tapi aku sendiri rasa rimas dengan dia. Tak wajar aku tengking. Dia hanya kanak-kanak, dan dia suka ada dengan aku. Itu baru adik. Kalau anak bagaimana? Kita sendiri sebagai ibu bapa rasa rimas dengan kerenah anak yang ingin bermanja-manja dan 'mengada-ngada' dengan kita. Sangat tidak wajar.

Untuk ada rasa sabar ini, perlu tahu kawal diri sebaiknya. Tapi yang penting, kena bersihkan hati dulu. Jauhkan perkara-perkara yang melalaikan, yang tak berfaedah. Biasakan dengan diam kalau jenis yang banyak cakap, yang jenis cakap lepas, yang jenis panas baran. And the most important, think positive, berlapang dadalah. Apa yang terjadi, baik atau buruk, menyusahkan atau menyenangkan, kedua-duanya adalah ujian. Beruntunglah kalau kita dapat melepasi ujian-ujian tu dan menambahkan kasih sayang kita pada Allah dan menambah pengalaman dan pengetahuan kita.

Marah itu bukan tak boleh, tapi kalau tak bertempat kan dah salah fungsi.

Marah pada orang yang suka mencarut, kita sama lawan dengan lidah sampai dengan kita-kita mencarut sekali. Bukan tak mencapai objektif ke macam tu? Cara-cara menegur atau berdakwah ni kan dah pernah belajar di sekolah.

So, mari belajar kawal diri. Bila kita mampu kawal diri, bukan marah saja yang tak beri kesan pada kita. Malah tamak gelojoh, malas, menipu dan macam-macam benda tak elok lain pun boleh kita kawal.

No comments: