Monday 31 May 2010

Jaga Mulut & Hati

"Apa keslah orang ni," omel seorang brader yang baru saja sampai di stesen bas.

Aku diamkan saja. Dah letih dengar makcik tu menyumpah seranah. Kesnya, dia tertinggal bas. Tak tahu bas mana agaknya yang kena naik. Mulanya simpati jugalah. Tapi bila dia menyumpah seranah kuat-kuat sampai semua orang di stesen dengar, mula rasa macam kurang senang. Mulanya simpati, akhirnya malu sahaja yang dapat. Seorang perempuan tua bertaraf nenek, menyumpah seranah kakak di kaunter tiket; macam orang takde agama.

Sedar tak sedar, aku cermin semula diri. Bagaimana pula diri bila musibah datang. Salahkan orang itu, salahkan orang ini. Sebagai contohnya, tertinggal bas. Yang pertama, tidak berwaspada. Tengoklah bas mana yang akan bertolak. Tengok papan tanda, bas tu nak menghala ke mana. Ataupun bertanyalah. Tak ada orang yang akan datang menyambut dan mempersilakan kita naik. Inisiatif sendiri kena ada.

Banyak perkara dalam hidup ni yang kita tak suka. Bila terjadi pada kita, kita bertindakbalas secara reaktif. Mengamuk, bermasam muka, marah orang tak tentu pasal. Semua tu buat orang hilang rasa hormat pada kita. Semua orang ada masalah. Semua orang belajar menghadapi masalah. Tapi bukanlah dengan cara mengamuk.

Sekecil-kecil ujian pun kita nak meletus. Ujian itu Allah yang beri, untuk menguji keimanan hambaNya. Kalau ujian yang kecil pun kita tak pass, iman kita bagaimana pula?

No comments: