Monday 17 May 2010

Monday Evening

Rasa macam pagi lagi. Burung pun masih seronok berkicau. Salah timing mungkin. Hehe..

Pagi ini asyik nak makan saja. Sebab nasi lupa nak beli. Dan malas nak salin baju dan keluar beli. Sebab rasa lain macam, macam hari ni hari cuti. Tapi memang macam hari cuti. Aku sedar jam 9 bila Ija kejut. Dalam mamai-mamai, aku cuba proses ayat Ija tadi, 'Along, bangun Long! Dah pukul 9 ni'. Dia cakap dengan nada yang bersahaja dan bukan kelam kabut.

Dah pukul 9. Emm....
Eh, hari ini hari apa? Bukan Isnin ke? Kenapa baru bangun pukul 9? Kenapa dia pun baru bangun pukul 9?

Sebenarnya aku tak tahu kalau minggu exam tak perlu ke kelas. Orang barulah katakan. Aku sudah gosok baju untuk seminggu, sebab aku fikir kena ke kelas. Mujur aku tak gosok lagi baju untuk 2 minggu seterusnya.

Aku mengidam nak makan ayam goreng. Setelah bergaduh dengan Abang semalam sebab dua-dua kurang sihat dan aku kalau kurang sihat selalunya meragam, aku nak keluar juga hari ni. Biarlah pengsan tengah jalan ke, muntah-muntah ke, apa ke. Pedulikan!! Pertama sekali, aku nak beli ubat batuk. Tak larat asyik terjaga pagi buta sebab batuk tahap dewa hampir setiap hari. Semalam pun batuk juga tapi aku dah tak larat sangat sampai dah tak mampu nak terjaga lama walaupun agak sakit juga dada dan tekak ni. Itu belum lagi hidung ni berair sampai tak boleh nak bernafas + perit tekak.

Sistem immune sudah slow ke? Aku punya ureter ni ada masalah lagi. Sakit bila nak kencing. Aku ingatkan kena batu karang ke apa. Mujur ada lagi antibiotik yang tak habis dulu (jenis lupa nak makan ubat). Sekali dua makan, kuranglah rasa sakit tu. Dan asyik lupa nak check darah untuk tengok aras gula dalam darah. Minggu depan kot kalau balik. Tak pun minggu depan satu lagi. Ah, balik tiap-tiap minggu sajalah. Senang cerita.

Lagi satu, badan ni selalu saja berbidat macam kena taik ulat. Besar-besar pula tu. Tak tahu apa masalahnya. Di rumah ke, hostel ke, sama saja.

Aaa... mengidam nak makan ayam goreng. Ye, nak ayam goreng yang crispy tu. Yang panas-panas lagi tu. Biarlah aku nak mengada-ngada hari ni (esok, esok, esok dan seterusnya sampai aku bosan). Walaupun aku tahu tak mampu nak habiskan dengan tekak yang rasa lain macam ni, aku nak juga.

Exam lagi 3 hari. Aku tak baca lagi FPM. Paper hari Khamis. Sedang study Pedagogi Sains. Esok baru study FPM. Ye, last minute revision. Sekarang tengok biol dengan Behaviourist Theories. Setiap nota yang ada yang berkenaan topik yang sama, berbeza sedikit terma dan konsepnya. Boleh menimbulkan kekeliruan. Tapi basic tetap sama. Kalau rujuk satu bahan sahaja boleh sesat. Kemudian nak bezakan dengan teori kognitif pula. Sangat menarik sebenarnya, apabila aku bandingkan dengan kehidupan masa di sekolah dulu. Rasa kurang percaya pada bekas guru pun boleh ada. Fake appreciation. Heh...

Learn about behaviour of kids to understand them, kan bagus. Not just 'applying' what we learnt, just to teach them. Pembelajaran itu makin bermakna apabila wujudnya hubungan kasih antara murid dan guru. Andai hubungan itu hambar, manakan datang kesungguhan untuk belajar?

No comments: