Tuesday 24 March 2009

Jadi Hantu.....Tadi

Aku rasa pernah cerita sebelum ni yang aku kena berubat. Dan tadi aku berubatlah. Menggunakan telefon, juga webcam, live dengan seorang ustaz, yang masa tu berada di rumah mak. Mula-mula, mak suruh panggil seorang kawan, untuk teman. Mujur masa tu Izat free, dan aku memang bercadang nak panggil Izat, sebab dia agak tenang dan berani jika dibandingkan dengan Yan. Husna, tak nak panggillah. Dia sangat lemah semangat. Anyway, aku adalah yang paling berani antara semua.

Mula-mula, perlukan air yang bertutup. Mujur juga aku memang ada bekas air yang agak besar dalam bilik. Telefon buat loudspeaker, dan ustaz tu mulakanlah dengan bacaan ayat-ayat Quran (yang aku sendiri tak dapat cam surah mana, tapi boleh tangkaplah beberapa perkataan yang disebut), juga beberapa ayat dan surah yang biasa kita dengar seperti ayat Kursi, surah Al-Fatihah, surah Al-Ikhlas, beberapa ayat dari ma'thurat yang selalu digunakan sebagai pelindung diri.

kredit gambar : dtualang-ds.blogspot.com

Aku tak menjangka akan ada apa-apa yang terjadi pada aku, sebab selama ni aku menganggap aku mengamuk tu adalah satu siri daripada sifat diri aku yang kadang-kadang sukar untuk dikawal. Badan aku mula menggeletar, tapi masih boleh dikawal. Bila ustaz tersebut menghentikan bacaan, dia tanya aku okay ke? Aku kata okay sambil buat isyarat tangan yang aku okay, beberapa kali tapi suara aku makin kasar dan perasaan mengamuk yang meluap datang. Izat dah mula pegang tangan aku. Ustaz tersebut menyuruh Izat beri aku minum air tadi dan sapu pada muka. Aku minum, dan aku sendiri sapu pada muka aku. Masa tu ada juga menangis, macam meratap dan sedikit sayu bunyinya.

Ustaz tersebut menghentikan panggilan kerana lihat aku macam tenang sedikit. Dalam masa tu, aku sendiri cuba kawal diri supaya tak mengamuk. Aku sedar masa tu, tapi tak dapat nak kawal sepenuhnya diri aku. Tapi aku meletup sekali lagi. Izat kalut, tak tahu nak buat apa. Dia suruh aku minum lagi, banyak kali juga sebab aku makin tak dapat nak kawal diri. Aku mula menjerit makin banyak. Bukan jerit macam pontianak, tapi suara kasar dan dalam. Bila aku makin tak terkawal, aku suruh mak call semula. Dan ustaz tu suruh aku mengucap beberapa kali. Aku masih boleh mengucap tapi suara masih tak berubah. Akhirnya aku kena mandi dengan sedikit campuran air yang dah dibaca tadi.

Masa mula-mula mandi, okay lagilah. Izat yang mandikan. Yan dan Husna duduk luar bilik air. Bila air dah nak habis, aku mengamuk lagi. Kali ni beramai-ramai pegang dan tahan aku daripada terlentang. Mujur juga masa tu kaki aku berlipat (mandi duduk), jadi taklah menerajang sesiapa. Diaorang pegang belakang aku dengan tangan. See, aku sedar apa yang terjadi masa tu. Cuma tak mampu nak kawal. Lama jugalah aku mengamuk dalam bilik air tu. Ada satu masa aku dah terbaring menerap, budak-budak ni bacakan tiga Qul beramai-ramai, aku rasa macam kepala aku kena tekan kuat. Nak angkat kepala pun tak boleh. Selama aku tengah mengamuk tu, perlahan-lahan aku cuba ikut bacaan diaorang. Ada masa aku boleh ikut, ada masa aku ikut sikit-sikit sambil menangis, dan ada masa aku hanya menangis.

Siap mandi, masuk bilik. Masa tu aku kena lagi, tapi tak kuat sangat. Kali ni abah yang call dan sambung ubatkan aku. Badan aku nak melawan lagi tapi tak terlawan. Masa tu Kak Kinah ada datang. Dia ni kuat sikit, jadi aku kalah tak dapat bergerak langsung. Lama betul, aku terbaring. Izat pegang tangan kiri, Kak Kinah pegang tangan kanan, Husna pegang lutut dan Yan pegang kaki. Lebih kurang setengah jam, mungkin, aku dah boleh kawal diri aku sepenuhnya.

Selepas tu, kami sama-sama cari tiket flight ke Malaysia. Dan akhirnya aku dapat cari yang murah lebih kurang GBP438. Jadi, aku akan balik sekejap lebih kurang 3 minggu untuk berubat habis. Mujur juga sekarang ni cuti Easter, 3 minggu. Aku ambil 2 minggu cuti dan lebih kurang 10 hari minggu kelas. Terpaksalah.

Dan kalau aku kira-kira, dari 11 pagi sampai 1 petang aku jadi macam tu. Baru sekarang aku rasa hilang menggeletar badan ni. Itu pun kadang-kadang macam rasa nak datang balik rasa tu.

Dan petang tadi Aufa datang dengan Ustaz Anuar, Yan yang beritahu Aufa yang aku mengamuk tu. Rupanya Ustaz Anuar pun boleh mengubat ni. Tapi aku rasa ada kat rumah lagi okay kot. Nanti yang pegang aku pun abah dan adik-beradik lelaki aku yang lain. Jadi taklah rasa janggal sangat. Petang tadi bersoal jawab jugalah dengan ustaz. Ada kemungkinan aku jadi macam ni sebab keturunan. Masing-masing belah mak abah aku ada warisan ni. Abah dah dapat tapi dah buang. Mak pula takde, tapi mak ayah mak aku ada benda ni.

Dan aku rasa yang ada dalam badan aku ni agak kuat. Sebabnya sepatutnya aku muntah masa minum air tadi, tapi aku tak rasa nak muntah.

kredit gambar : rawatanislam2u.com

Jadi sementara ni, aku cuba kawal diri dan tak marah. Selama ni aku jadi mengamuk macam tu bila marah pada abang Nizam saja. Dengan orang lain, marah macam mana pun tak pernah lagilah mengamuk sampai keluar suara jin tu. Lagipun, sekarang ni Izat takde. Dia pergi Turki petang tadi. Husna dan Yan sangat lemah semangat. Tak naklah takutkan diaorang sangat. Sekarang ni pun diaorang masih lagi takut dengan aku. Aihhh...

Yan dan Husna sekarang agak berhati-hati, aku pun. Apa-apa yang terjadi pada aku nanti, Yan akan terus call Aufa. Rumah dia dekat saja dengan rumah aku. Sekarang, aku sendiri tak boleh nak jamin bila aku nak mengamuk balik. Tak dapat nak jangka dah, bila dah burst out macam tadi. Sebelum ni, aku boleh kawal dan jangka bila perasaan tu datang.

Apa yang aku harapkan setakat ni, aku tak nak terima warisan apa-apa, ataupun nak ada pendamping. Setakat kena tindih tu, aku boleh dah terima walaupun rasa nak belasah je benda yang tindih aku tu. Tapi hal warisan ni, menyusahkan sebab akan ada dengan aku seumur hidup aku. Menyusahkan aku masa nak mati nanti.

Harap housemate aku takdelah kena apa-apa nanti. Yan dah kena tindih dah (berjangkit dari aku), tak nak diaorang yang meracau pula selepas ni.

No comments: