Monday 20 June 2011

First Day Of The Fourth Semester

Wahhhhhh... sudah hampir separuh degree!! AlhamduliLlah.

Tadi balik dengan keadaan mamai. Paginya konon menanti 'drebar' tolong hantar ke TF untuk beli barang. Last-last aku yang tertidur, sampailah ke tengah hari. Well, beginilah kalau terpaksa ikut jadual orang, dan beginilah kalau tak diizinkan untuk pegang stereng.

Bangun, terus siap-siap packing. Dan bila dalam keadaan baru bangun tidur, ada jugalah yang tertinggal barang. Cadangnya malas nak balik Jumaat ni. Tapi, terpaksalah. Sungguh malas nak travel guna bas. Nak ke bandar tu yang susah.

Dan pagi nanti akan ada perhimpunan untuk taklimat jadual waktu. Dengar cerita, nak buat sistem 'block' menggantikan jadual waktu ala sekolah yang diamalkan di sini. Good, boleh balik dan masuk asrama kalau tertinggal barang tanpa perlu mendapatkan memo kebenaran dari HEP. Memudahkan kerja dan menjimatkan masa.
Dan, kalau kelas lambat mula, boleh datang lambat sikit. Tak perlulah nak bersesak-sesak dengan orang lain kalau nak mandi pun.

Itu, ura-ura. Detail tak tahulah. Biasalah. Sini agak weird sikit. Sistem disiplin ala sekolah sangat kuat sebab pentadbiran pun bekas-bekas cikgu. Tak macam universiti pun. Jadi, don't put your hope high.

Sekarang sangat teringin nak beli buku. Nak cari good novel pun susah. Elaun silalah masuk.

No comments: