Monday 27 June 2011

Jadi Positif

Aku perasan juga, entri dalam blog ni selalu berbaur geram. Seperti blog ini satu medium untuk melepaskan amarah yang terpendam. Di sini anda boleh rumuskan bahawa sama ada:

1. Aku ni jenis tak sabar, selalu nak melenting.
2. Suasana di sekeliling aku memang sangat menduga jiwa dan perasaan.

Dan kedua-duanya benar. Aku pernah berkali-kali ditegur oleh orang-orang tersayang, agar kurangkan sikit perasaan nak marah itu. Well, easy said than done. Apa pun, aku dah kurangkan apa. Huhu...

Dan juga pernah ditegur untuk tidak fikir buruk tentang orang. Aku tidaklah fikir yang orang itu jahat ke, perangai tak elok ke. Aku cuma fikir yang aku ini terlalulah tidak sepatutnya berada di sini dan orang pasti tak senang dan tak suka aku ada dekat dengan mereka.

Itu 'penyakit' lama. Benda inilah yang selalu mengganggu emosi aku. Dan akhirnya, duduk dalam dunia sendiri dan bersendirian jugalah aku. Itu lebih menenangkan jiwa.

Susahnya nak jadi positif!

No comments: