Friday 24 June 2011

First Week of The New Semester is About WATER!!

Aku terjaga jam 1.20 pagi. Ke pantri, nak basuh muka. Air tak ada. Apakah?? Teringat baju yang perlu dibasuh; satu baldi dan separuh uncang laundry. Oh, tidak!!!

Kemudian ke bilik air, manalah tahu ada sisa-sisa air lagi. Pun tak ada. Aku mula rasa tak seronok. Nak merantau ke blok lain pagi-pagi buta ni bukan satu opsyen yang baik. Tapi bila pundi kencing pun terasa nyilu, maka dengan pesanan pada mata supaya jangan melilau sangat nanti, maka kuatkan azam merentas belakang blok yang agak sunyi dan gelap tu.

Masuk saja blok sebelah, gelap! Mereka ni tutup lampu koridor tu buat apa. Buat sesak dada saja sesiapa yang nak ke tandas pagi-pagi buta begini. Tapi air masih banyak lagi. Selesai qada' hajat, aku balik semula ke bilik.

Sedang asyik berfikir tentang baju yang perlu dibasuh, sama ada nak basuh tangan (banyak sangat kan, tak terbasuh dek tangan) ataupun nak bawa balik, perut mula memulas. Aku tengok jam, dah jam 2. Orang pun mesti dah tidur lena dan tak ada sesiapa pun yang berjaga. Oh, tidak! Kenapakah aku disiksa sebegini.

Hari pertama di sini, air dah mula tak ada. Sempat sampai Isnin saja. Kemudian air dah kering, sampailah semalam baru mula ada. Hari ni dah tak ada semula. Kami bayar ya untuk tinggal di sini. Jadi berilah kemudahan yang sepatutnya. Bila jadi macam ni, keinginan nak duduk di luar semacam berkobar-kobar.

Stress!!

No comments: