Saturday 11 April 2009

I'm Home.....

Akhirnya sampai juga rumah. Dan sampai rumah, tidur terus selepas berborak-borak sekejap dengan mak, abah dan wan. Letih dan mengantuk. Dan bangun tidur selepas 13 jam berlalu. Tapi adalah sedar sekali sekala bila mak abah datang dalam bilik, semalam.

Bangun tadi, baring lagi. Tengok bayang-bayang adik aku yang paling kecil. Besar dah budak ni. Aku sajalah yang paling pendek.
Jadi aku terus bangun dan mandi. 3 pagi, takpe la. Bukan awal sangat pun. Ada dah gayanya orang rumah belakang yang dah bangun. Tak tahulah itu orang betul ke tidak. Biasalah, lorong belakang rumah yang memisahkan barisan rumah aku dan barisan rumah belakang ni, dikatakan ada 'benda' yang suka lalu lalang.
Kadang rasa sikit seram nak ke bawah gelap-gelap ni. Rumah aku ni pun ramai juga orang yang ada 'benda' teman. Wan, abah, dekli. Oh...aku pun mungkin ada. Jadi kenapa nak takut kan? Hehe...

Siap mandi, naik atas dalam bilik semula. Dengar suara dekli menyanyi-nyanyi. Tak tidur lagi ke? Rasanya tadi masa turun, nampak dia tidur dah. Masuk bilik, nampak dia masih lagi tidur. Tahap mengigau dia dah advance, sampai boleh menyanyi dengan jelas dan betul. Heh..

Tadi di bawah, mencari kaset-kaset aku. Takde. Aihh...jangan ada orang buanglah. Dalam kepala dah set nak mengamuk dah. Hehe..akhirnya aku cari bawah katil. Jumpa. Kena sorok dah ke kaset-kaset aku ni? Agaknya sejak kes aku histeria dulu kot. Abah pun dah suruh aku buang semua gambar dan lagu rock. Tak nak....

Usha-usha kaset-kaset aku, baru perasan ada satu set kaset yang takde. Rock Lama-Lama. Nak marah, tak boleh nak marah sangat. Kadang-kadang, bukan sengaja nak jadi kedekut dengan budak-budak ni. Tapi masalahnya, kalau pinjam, buat macam harta sendiri. Pinjam tak reti nak pulang, tak pun pinjam lepas tu hilangkan, tak pun pinjam tapi pulang dalam keadaan rosak. Siapa tak marah kan? Bila marah, kata aku kedekutlah, berkiralah dengan adik sendirilah, dah nak hilang nak buat macam manalah. Yang kena tuju balik, aku jugak.

Lepas ni, boleh start rip sikit-sikit. Nak test main dulu, kot-kot dah berkarat bunyinya.

Tengok keadaan rumah, rasa macam hidup aku dah jadi normal balik. Rasa sedikit tenang jiwa dan fikiran ni.

No comments: