Saturday 18 April 2009

Lama Dah...

Lama dah.. tak mendengar mengikut album. Selalunya, hentam pasang lagu yang aku suka saja. Kalau album baru dapat, tak dengar langsung. Jadi, bazir saja space yang ada tu. Juga, bazir juga kaset yang dibeli tu. Kalau ada, kena dengar semua. Kena adil. Baru betul. Mungkin aku malas nak tukar-tukar playlist selepas satu album habis dengar. Tapi sekarang aku bukan dengar selalu pun lagu. Kadang-kadang bila bosan.

Jadi, apa kata tukar playlist dalam mp3 player, dan letak berdasarkan album, juga letak satu playlist campur-campur kalau rasa macam nak dengar lagu yang sedap. Tapi..masalah satu-satunya, album-album aku tak rename lagi. Jadi kurang syoklah.

Tiba-tiba dapat idea, letak lagu metal saja dalam mp3 player, untuk hari ni. 20 album cukuplah. 10(lagu) x 5 (minit) x 20 (album) = 1000 minit = 16 jam ++. Dah lebih dari cukup kot. Dari Raub nak ke Temerloh + Triang paling lama pun 6 jam. Pergi balik 12 jam. Tu tak campur dengan tidur lagi. Mana aci dengar album sambil tidur. Itu bukan untuk dengar betul-betul, suka-suka saja.

Semalam, merembat album Belenggu Irama (akhirnya beli juga!!), Ella - Puteri Kota, dan May - Hakikat. Yang dengarnya, baru Belenggu Irama. Aa..bukan takde mp3, tapi rasa lagi syok pasang kaset dengan radio, baring-baring belek inlay sambil dengar lagu. Letih berjual pun tak rasa sangat. Album dari Firdaus tu pun, baru dengar Adhoc (separuh), Wira Cyborg, Erat (separuh), Best of Desire (dengar berapa kali sudah). Babylon...lain harilah. Kalau album pertama, mungkin aku dengar berkali-kali juga. Haha...
Entah kenapa aku rasa May masa dengan Yantzen memang ngam habis. Lagu slow okay, lagu heavy dia mengancam ah. Sesuai dengan suara Yantzen. Masa Yanzten dengan Rusty Blade, aku taklah minat sangat. Biasa-biasa saja. Lagi satu apa nama album tu eh, Ziet Geist ka? Ha...yang tu pun gaya macam syok. 
Evolusi - Lefthanded, aku tak dengar lagi. Fanatisme tu, aku minat juga, tapi tak fully lah. Masa dengar tu, ada juga melayang-layang sebab bosan sikit. BPR.....aku tak minat sangat, tapi kalau nak dengar lagu mild, bolehlah layan. Hah..Silaturrahim tak dengar pun lagi. 
Banyak ni...susah nak dengar satu-satu.

No comments: