Friday 24 April 2009

Rahsia Bukan Lagi Rahsia

Setelah beberapa lama, hampir sebulan mungkin, aku membawa diri dan menyepi, kini rasanya elok juga andai aku kembali menulis secara terang-terangan di hadapan khalayak ramai. Dan dalam masa sebulan ini, aku banyak benar berubah, dan berbolak-balik fikiran dan kelakuanku. Mungkin dari perasaaan kecewa dan terhimpit, membuat aku jadi keliru dan ingin mencuba sesuatu yang baru; tidak berada dalam lingkungan yang sama, mengulang perkara yang sama dan kecewa dengan perkara yang sama. Dan mengenangkan diri aku yang tak mudah untuk berubah menerima cara 'contoh' yang ideal dengan penyelesaian yang sudah termetri secara idealnya oleh manusia yang berjiwa ideal, aku mengambil jalan untuk meniti jalan yang lain, yang aku kira lebih santai dan tidak membunuh jiwa, dan insyaAllah akan membawa kepada destinasi yang sama.

Juga permohonan maaf kepada beberapa orang sahabat dan kenalan yang selama beberapa lama ini, aku lukai dan endah. Memang aku sengaja berbuat demikian, lebih-lebih lagi dengan orang yang aku rasa aku tak mampu lagi bersua muka (melainkan terpaksa). Dan sekarang ini pun, aku berdepan dengan konflik yang mahu tak mahu aku terpaksa berdepan dengannya setiap masa dan selamanya. 

Bukan aku menafikan kesudian tangan-tangan yang ingin membantu, tapi dek pemikiran dan pegangan yang berbeza, cukup membuat diri merasa kurang selesa dan memberontak. Aku seorang yang sepi, maka aku senang dengan sepi. Aku seorang yang hitam, maka aku senang dengan hitam. Cukup dengan memikirkan keinginan manusia dan harapan terhadapku, aku menderita bertahun-tahun lamanya. Ini bukan kerana dendam, tapi tidak selesa dan seronok menjadi subjek utama.

Hidup sekarang ini, walau terasa kosong, namun lebih santai. Walaupun masih baru, tapi bekas-bekas kehidupan lama juga kenangan kadang-kadang datang menyiksa. Dengan bantuan beberapa kenalan dan orang terdekat, sedikit sebanyak luput juga sedikit sebanyak sisa hitam kehidupan yang lama. Juga aku akan menjauhkan diri daripada beberapa bahagian kebiasaan hidup lama yang tak perlu ada.

I'm coming home!! Lagi seminggu, dan kemudian terbang ke rumah. Apa khabar bilik hantu itu ya? Anyone who wants the sofa outside the room, silalah ambil. Nak renovate the room before the exam. Huhu...

2 comments:

MahFuzaH said...

Salam Mai,
aku juga ingin meminta maaf kerana bersangka buruk dengan kau hari tu..Maaf sangat2..aku yang salah takberfikir sebelum bertindak dek kerana phobia atas pengalaman2 lampau yang sama macam kau alami sekarang. Tapi setelah berfikir, aku yang salah sebenarnya, sebab masa perlukan bantuan aku, aku tolak...

Maaf ye Mai sayang... Maafkan aku yer.. Kitorang selalu teringatkan ko tau..asyik2 tanye..'Mai mcmmane skrg?' 'Bila Mai balik sini?' 'Mai, dah ok ke?'

Hehe..itu soklan yang aku tanye la..tak taula orang lain cemana..hihi.

Wess, ko nak balik sini kan..hehe..nak pesan keropok lekor boleh tak hehe... aku mengidamla keropok lekor segar ikan malaysia....hohoh..

niesa.imana said...

salam wbt..

huhu.. Fuzah, ye ke Fuzah sorang je tanya macam tu? ramai kot yang tanya, sebab ramai yang concern.. +)

rindu giler nak baca blog ni.. alhamdulillah, DIA detikkan kat hati ko ntuk share blog ni ngan kitorang.. makasih ya.. +)

apa2 pun, ko leh je nak share2 dengan kitorang. aku sndiri, walaupun x reti bagi nasihat tapi insyaAllah, ada gak rekod sebagai pendengar yang baik.. huhu..

walau se cool mana ko, walau se gagah mana ko, walau se rockerz mana ko, walau se macho mana ko, walau se snior mana ko, ko tetap adik aku.. kenyataan yang dah ditetapkan-NYA.. sebab tu, aku harap dapat jadi antara asbab bantuan daripada-NYA buat ko.. insyaAllah..

all da best.. +)