Friday 1 May 2009

I'm Home!!

Haaaahhhh!!! Letih!!

Semalam sampai Cardiff lebih kurang jam 9.30 malam. Izat kononnya nak datang jemput (walaupun rumah tak sampai 1 kilometer dari stesen bas), tapi aku dah halfway nak sampai rumah masa bertembung dengan dia (dan Husna dan Yan). Sampai rumah, aku terus tukar baju dan tidur. Masa atas plane, hanya berjaya tidur selama 4 jam sahaja (walau dah lebih 24 jam tak tidur). Dan masa di emegresen, terlalu ramai orang. Jadi lama jugalah beratur. Mujur tak pengsan saja, rasa nak muntah pun ada juga.

Sekarang tengah kemas bilik. Aku berjaya seludup keropok!! Huhu..
Dan juga bawa semua koleksi kaset aku. Sikit saja, jadi tak ambil banyak space. Tapi seronoklah tengok semuanya tersusun atas rak. Benda yang aku kumpul sejak habis sekolah. Dari zaman minat Sheila On 7, sampailah ke rock.

Lepas ni nak buat pot pourri pula. Hehe...seronoknya balik rumah . (lupa dua minggu lagi exam..study!!)

No comments: