Monday 25 May 2009

Mari Main Pijak Pijak

Satu metafora, bagi menganalogikan satu peristiwa dan perasaan, tak ramai yang boleh mengerti. Nak salahkan orang juga, tak kira. Bahasa itu satu cermin diri, dan kata-kata satu medium ekspressi diri. Satu ekspressi, kita meletakkan satu suasana yang seumpama cerita.

Malangnya, setiap manusia punya versi hidup yang berlainan. Umpama biru teluki yang beberapa orang bertekak antara biru dan hijau. Begitulah.

Memijak bunga-bunga yang berada di jalan mati.
Jalan mati yang ada bunga-bunga itu adalah harapan.
Aku yang memijak bunga-bunga yang berada di jalan mati, yang aku umpamakan sebagai harapan.
Maknanya, aku memijak harapan itu, kah?
Tidak, maksudnya, aku memijak keindahan yang ada pada harapan itu. Aku pijak kerana keindahan itu palsu. Begitukah?

Aku tak mahu mengikut harapan yang diberi padaku. Kerana aku tahu itu jalan mati. Dan mereka menabur bunga-bunga janji yang hidupku akan berseri seperti dulu, jika aku mengikut jalan itu.
Aku tak mahu, dan mereka tak faham.

Ini realiti, dude. Harapan kau, dan keindahan yang kau suka, bukan sama dengan aku.

Sudah, jangan bunuh diri aku lagi. Sudah letih aku cipta aku yang baru.

No comments: