Wednesday 18 May 2011

Cardigan

Hoho...aku bukan berniat nak menghentam sangat. Depends to how you perceive my comment. Dan ini adalah komen yang bersifat universal dan boleh juga melanggar batang hidung aku yang mancung ini. Just something to ponder.

Sekarang, seperti menjadi trend memakai cardigan atau sweater nipis over a t-shirt. Tak pun, ada yang pakai bolero or shrug. Pemakaian pada waktu malam, bolehlah nak diterima sebab orang kita pun ada jenis yang cepat sejuk dengan suhu malam di Malaysia. Tapi pada waktu tengah hari terik dengan suhu 30++ degree? Kalau mat saleh tengok mesti tak berkelip tengok kita. Yalah, sedangkan pada waktu summer yang suhunya paling panas 18 degree tu boleh melepak bawah cahaya matahari memakai shorts and bra sahaja, ini kita suhu lebih kurang double boleh pakai pakaian yang tebal.

Orait..orait... orang tak kisah asalkan nampak stylo. Right, kalaulah anda boleh bertahan dengan pemakaian cardigan, bolero, shrug atau sweater nipis itu pada siang-siang hari, kalaulah anda mengatakan mereka yang memakai pakaian yang menutup aurat yang labuh juga itu as foolish sebab panas, you are the one yang idiot!

Kadang, kita buat sesuatu tu tak kena tempat kan?

No comments: