Sunday 15 May 2011

Exam..

Dah sampai dah penghujung semester 3. Cepat ye berlalu. Dah setahun setengah sudah di maktab sini. Rasa macam baru saja lagi masuk sini. Tapi dada yang membuak-buak menahan seribu juta perasaan masih sama. Dan ragam hidup di sini...... boleh kata tak membosankan tapi boleh buat jiwa patah.

Apa pun, menjelang peperiksaan akhir semester 3 yang akan datang ni, aku masih belum ada perasaan nak study. Kali ini, memang terasa sangat berat nak study. Banyak saja benda-benda yang tak berkaitan yang aku buat. Contohnya, me'repair' baju, menjahit tudung, menjahit artikel untuk PPIM (semester depan kena hantar, lambat sangat lagi tapi bila dah rasa nak buat, buat juga la), cuci-cuci mata tengok baju kasut dan beg, berjual (mujur manik-manik semua di rumah kalau tak memang tak usik langsung buku).

Oh, perasaan nak exam hanya akan datang bila sedang jawab soalan exam kemudian have no idea what the heck is the answer, atau yang lebih parah, apebendesoalanninaksebenarnya?? Jadi selepas itu barulah mempunyai perasaan untuk study. Ohhhoooo.. perkataan study digunakan instead of revising. Makna dalam tu. Hahahahaha!!

So long tak melepak di internet. Really, aku dah jarang online. Kalau ada pun untuk tengok anime atau baca manga saja. Dan stok broadband aku untuk sebulan habis dalam masa seminggu, kemudian menepeklah pada wireless maktab ni.

Recently, aku drive. Kali pertama pegang stereng dalam tahun ni. Dan kali pertama bawa kereta auto. Tak sedap. Terasa mengantuk yang teramat sangat. Sungguh bercita-cita nak dapatkan kancil sebijik, senang aku nak balik selalu dan aku memang suka nak balik selalu dan merewang selalu. Semester depan sudah bercita-cita sudah. Entah dapat entah tidak. Selama ni, cakap sajalah nak simpan duit. Alik-alik, lesap. Memang tak boleh bersabar kalau selagi ada duit ni. Kena tak ada, baru rasa lega gamaknya. Ekekekekekekekeke!!

No comments: