Wednesday 18 May 2011

Motivasi Exam

Aku baru tahu semalam. Ija exam pada hari yang sama dengan aku, tapi pada waktu petang. Dan dia sudah study menggila sejak minggu lepas. Dan aku masih melepak dan buka buku sekali sekala bila terasa mahu. Dan bila aku tahu semalam, aku rasa terkejut. Ohhoooo... lusa sudah mahu jawab exam. Makanya, walaupun stok menggoreng itu ada, tapi perlu dipertajamkan dan ditambah dengan isi-isi jawapan yang sepatutnya. Maka, semalam kononnya sebelum tidur membacalah dengan sungguh-sungguh.

Dan hampir tengah hari ini, aku baru bangun. Bagaimana esok sudah mahu exam masih bangun lewat? Dan kerisauan pun bertambah. Bagus memanglah. Tapi bila kelam kabut itu, sudah jadi serabut dan takkan terlekat dalam ingatan dan fikiran. Makanya, kena cook down sekejap baru boleh buka buku semula.

SELAMAT JAWAB PEKSE SEMUE!!!

No comments: