Sunday 22 May 2011

Demam Exam

Ya. Saya sedang menjejakkan kaki ke alam demam. Dan saya tak nak.

InsyaAllah sihat nanti. Nak minum air banyak2, rehat, etc.

Dan mouse saya sudah rosak. Haihhh.. baru sahaja beli.

Sesungguhnya baru melihat gambar anak kepada sahabat, dan gambar kahwin sahabat-sahabat. Maka jadi pilu serta remuk redam hati. Rezeki tu milik Allah. Dan kita hanya mampu untuk usaha. Betapa bertahun-tahun yang berlalu begini buat aku rasa sedikit bersabar dan sedikit berfikiran positif berbanding dahulu. Dan memang sangat benar, seperti ayat ke-2, surah Al-'Ankabut yang maksudnya seperti di bawah:
Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, 'Kami telah beriman,' dan mereka tidak diuji?

So, bila aku tengah stress, tengah mempersoalkan kenapa? kenapa? dan kenapa?, jika pada masa itu masih ada kewarasan, atau mungkin setelah beberapa lama jadi orang yang putus asa dan tiba-tiba merenung kembali, it is the way Allah tests me. Yalah, untuk memastikan aku seorang yang setia, mestilah nak uji kan? Dan ujian itu juga yang akan menaikkan darjat seseorang manusia itu supaya lebih dekat dengan Dia.

Tapi sabar kita bukan sabar pada permulaannya. Bila dah berhambur semua amarah, barulah nak ingat semula, baru nak istighfar. Lemah kan kita ni? Bila nampak orang vogue sikit even tak tutup aurat, rasa macam nak je jadi macam dia. Ataupun, bila tengok orang berduit sikit dan mampu beli itu ini, iri hati ataupun menyesali rezeki yang kita dapat tak setara dengan dia. Ataupun, tahu orang itu ini putus cinta, mula nak cerita pada orang itu ini tentang hal tu.

Banyak sangat penyakit hati dalam diri kita ni.

Kan?

Untuk semua yang berkaitan, maaf saya selalu tak bersama-sama anda. Saya tak berminat untuk struggle macam anda. Saya lebih senang untuk go with the flow, and pastikan mental saya tip top masa tu nanti. Setiap orang punya cara usaha yang berbeza, dan kita tak sama.

I used to argue with some people about what I want to be and to achieve in life. They put choices in front of me. But I never want to do as what they expect me to do. And I became very disturbed since that day.

I was also being pointed on how I should behave (be more lady-like la..), on what type of clothes should I wear (Even if I didn't cover my aurah before, I wear clothes that are a bit large sebab aku segan orang nampak bentuk breast dan punggung aku. But since that certain someone tell me to wear smaller size clothes, mendesak-desak saja dan berbunyi mengutuk, I ended up wearing revealing-type-of-clothes and now I regret betapa mudahnya aku didesak oleh manusia.), what type of man should I marry (berduit, bertaraf lebih kurang macam aku, belajar tinggi-tinggi, kerja bagus), and lots of things.

So now, I want to live as what I believe and what I want. If something I do is not as parallel as people around me are practicing, I am still going to do my way because I know I will go nuts again kalau aku mengikut cara orang yang aku tak sukai.

Sebab itulah, hidup aku lebih tenang sekarang. Dan oleh kerana hidup jadi tenang, hubungan aku dan keluarga juga bertambah baik. Dan aku sudah mampu bergurau senda dan bermanja dengan Mak, sesuatu yang aku rasa aku tak pernah ingat aku pernah buat sejak aku punya akal untuk berfikir. Sungguh, aku sangat hargai keluarga aku sekarang. Dan aku sedar, aku punca keretakan yang berlaku selama ni.

Jangan musnahkan hidup aku lagi!

No comments: