Monday 13 December 2010

Isi Borang SPA

Aku dah beberapa kali mengisi borang SPA secara online, untuk Abang. Sebelum ni, ada jawatan yang layak untuk dia, yang kelayakan tertinggi hanyalah PMR. Tapi kali ni, sudah tak ada. Paling rendah kena ada SPM. Dan aku pun jadi serba salah. Aku tahu dia tertekan dengan kerjanya. Yalah, bagi sesiapa yang pernah jadi kuli, memang tenaga dikerah sekerah-kerahnya macamlah kita ni hamba. Dan aku tahu rutin hariannya; setengah hingga tiga suku hari bekerja, kemudian balik untuk makan dan tidur (berehat). Bukan dia saja. Abah pun macam tu. Abah paling tinggi belajar pun darjah 6. Dan aku bertahun-tahun tengok Mak Abah bekerja mencari duit untuk menyara kami enam beradik. Perit.

Beginilah dunia sekarang. Bagi sesiapa yang rasa nak berhenti belajar, fikirlah semula. Andai kata punya kudrat yang kuat untuk buat kerja buruh misalnya, fahamilah bahawa kudrat itu hanya sementara. Gaji RM 1000 pada ketika ini nak cukupkan untuk hidup sendiri pun, tak tercukup. Harga barang semakin naik, orang nak berbelanja pun fikir banyak kali. Dengan kelayakan PMR sahaja, mahupun SPM, memang siksa.

Dan bagi mereka yang berada di atas, lihatlah kami-kami yang menjadi rakyat ini. Tersepit. Kami punya keperluan dan perut yang perlu diisi. Perlukah diperah keringat kami hingga kami jadi gelendangan di tepi-tepi jalanraya atau bawah jambatan baru anda sekalian buka mata?

No comments: