Sunday 19 December 2010

Kalau Berkalau

I am having a nostalgic and dramatic night. Not physically, though.

Bukanlah menyalahkan, atau suggesting another path that should be carved to be mine. And most people say, tak elok berkalau-kalau ini.

But I just want to remember my mistakes, my wrong and bad deeds, dan apa saja yang berkaitan.

1. Kalaulah aku dulu belajar betul-betul.

Why I can't study well, sangat bergantung pada psikologi diri sebenarnya. Kalau dah minda di-set untuk stress dan tak patut lalui apa yang tidak aku ingini, maka automatik rasa blur, tak boleh nak faham, tak nak terima apa yang sedang berlaku.
I was blaming my parents for this. Bukan saja berkenaan belajar ini, tapi pasal pasangan hidup juga.
Difikirkan semula, even aku taklah suka sangat dengan apa yang aku belajar sekarang, namun I am near to him. Dan walaupun belum kahwin lagi, the acceptance of my parents berkenaan dia, buat aku gembira. Really, a healthy mental boosts up the person's strength.

Tapi kalau yang pertama itu, kalau terjadi (ie aku belajar betul-betul), possible tak aku jadi seperti sekarang?

No!

Dan aku mungkin masih melihat dunia ini dari sudut yang mudah. Mungkin aku tak pernah melakukan kesilapan besar, dan sedar bahawa hidup ini bukan semata untuk hidup.

2. Kalaulah aku ini bukan Muslim.

Actually, I always imagining what if I am not a Muslim. I look at how non-Muslim see and understand about Islam, and how they look at the world. And, depending on the current time, it is better to be a free thinker. Well, that is if I am a non-Muslim.
No, I have no doubt about the religion at all. And I will be too unfortunate if I am not one of its believers.
But have you ever think, if we never learn about this religion at all, bagaimana diri kita? Mungkin kita tak begitu kisah akan dunia ini. Kita mungkin hanya fikir; asalkan tak kacau periuk nasi aku, sudahlah! Mungkin kita juga sekarang sedang berjuang untuk diterima sebagai seorang warga Malaysia oleh orang-orang Melayu, padahal nenek moyang kita dah beratus-ratus orang sudah bersemadi di tanah Melayu ini.
Ataupun, kita salah seorang yang sedang ini sedang terkinja-kinja atas pentas disko. Apa nak kisah kan? JAIS takkan nak tangkap pula.

Pada aku, walau apa pun agama kita, andai kita ikut cara yang salah, hidup kita tetap merana dan dalam kesusahan. Manusia ini, punya fitrah yang inginkan perkara yang baik terjadi pada dirinya. Dan 'kebaikan' yang kelihatan di dunia sekarang ini hanya nampak pada permukaannya dan permulaannya sahaja.
Tapi agama inilah yang memaknakan hidup. Agamalah yang membantu kita menentukan tujuan hidup kita sendiri. Dan bila kita ada tujuan yang realistik dan teguh, maka kita dapat susun strategi kita sendiri, yang bertepatan dengan tujuan yang ada. Maka, bukan hanya hidup semata-mata untuk enjoy saja, ataupun semata-mata untuk terus hidup saja.

3. Kalaulah aku seorang lelaki.

I've been wanting this sejak kecil lagi. Kenapa aku bukan lelaki? Selama aku hidup ini pun, hanya fizikal saja yang membezakan diri aku sebagai perempuan. In fact, I hate being a woman yang selalu dikaitkan dengan cerewet, banyak songeh, tergedik-gedik, suka demand tinggi-tinggi, terlalu kisah pasal perkara remeh dan apa saja yang negatif berkenaan perempuan ni.
Dan yang paling aku tak suka berkenaan jadi seorang perempuan ni, lelaki suka sangat kacau perempuan. It annoys me so much, macam tak selamat dan menyakitkan hati, walaupun jarang terjadi pada aku. I mean, why don't guys have respect for girls? Ibu, adik, kakak mereka juga perempuan. Tak rasa sakit hati ke kalau ada lelaki lain yang mengacau mereka? Tak rasa macam lelaki tu nak ambil kesempatan ke?

Tapi bila makin meningkat usia, rasa dah jadi macam sedikit perempuan. Even bahasa masih lagi kasar dan kurang berlapik lagi semasa bercakap. I am harsher than my brothers, actually. I am quite, tapi bila bercakap memang kasar. I tried to change, but that is what I learnt from my early days, jadi cuma senyap saja yang boleh me-neutral-kan kekasaran tu.

But, again, I miss my 'tomboy' days. Entahlah, better be tomboy daripada perempuan gedik.

Berdasarkan kalau-kalau di atas tu, yang mana lebih bagus kalau bukan apa yang ada sekarang ni? Ya, bersyukur dengan apa yang dimiliki. Itu lebih bagus. Bukan hanya mengenang-ngenang apa yang tiada. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita.

No comments: