Thursday 25 June 2009

Apakah Nasib Kita Di Sana Nanti?

Setiap perkara yang kita lakukan, pasti akan dibentangkan di depan mata kita nanti. Soalan, dan jawapan, walaupun kita tahu, tapi kerana imanlah kita akan mampu jawab semuanya. Bagaimana pula dengan siksa? Dosa yang besar yang pernah dilakukan dulu, dan sekarang, tambah lagi dengan dosa kecil. Dosa kecil, yang sering kita endahkan.

Sejak kebelakangan ini aku digemparkan dengan kematian beberapa kenalan.

Dan semalam, seorang sahabat mengatakan, dia punya risiko yang tinggi mendapat kanser. Aku diam, tak tahu apa yang perlu aku katakan.

Sedih? Sedikit.

Relax? Ada juga sedikit.

Dalam mana agaknya cinta aku pada dunia dan segala isinya?

Kesayangan aku ada satu dan tunggal sahaja. Tapi beberapa orang sekeliling, andai ada apa-apa yang terjadi pada mereka, juga hartaku yang tak seberapa, andai aku kehilangan, gila meroyan juga.

Aku juga sedang sakit sekarang. Tapi tak aku endahkan. Tidak serius padaku.

Kanser, aku fikir aku juga ada peluang untuk kena. Beberapa indikasi yang aku rasa sekarang, sama ada pada bahagian kepala, jantung, dan payudara, seperti satu tanda, yang aku tak punya kesihatan yang bagus.

Sakitnya mental aku, pada aku tak membahayakan badan aku tapi jiwa.

Dengan tenang dia berkata, dia tak mungkin akan hidup melebihi 30 tahun. Dan dia sudah pun berusia 20an.

Ajal maut, di tangan Allah.

Aku punya keinginan yang satu. Dan buruk.

Andai aku pergi dahulu, tanpa tercapai cita-cita aku yang satu itu, aku mahu seseorang itu menyesal hingga ke akhir hayatnya, sehingga dia hilang jiwanya dan meratapi kesalahannya setiap saat yang dia lalui. Aku mahu dia menderita.

Kejam bukan? Aku cuba nafikan keinginan aku, tapi itulah yang aku ingini.

Semoga dia pergi dahulu daripada aku.

No comments: