Wednesday 24 June 2009

Gambar Jalan - Jalan Summer 09

Aku cuba up di Friendster. Cam hampeh!! Disebabkan resolusi gambar aku tinggi mencecah 3Mb, maka aku up guna tools yang ada, tapi akhirnya hanya 11 daripada 89 yang berjaya di'up'. Berapa jam aku tunggu + line internet jadi lembab, bikin hati aku panas saja. Nak kecilkan saiz? Takde kerja, lecehlah!! Gambar 200 ++ keping, nak edit automatik pun dah makan masa. Nak kecilkan lagi? Setakat beberapa ratus kb, apa barang!! (Ayat berlagak). Akhirnya aku bikin benda yang lebih senang yang sepatutnya aku buat dari dulu lagi; install java dan drap drop di Multiply (baru sekarang nak install?). See, Multiply memang the best untuk 'pencinta seni' dan kaki download macam aku ni. Nak up gambar besar mana pun boleh, siap simpan lagi resolusi sebenar gambar tu (hint : klik atas kanan gambar yang ada tulisan 'zoom in', bagi sesiapa yang tak tahu tu).

Cakap banyak tak guna, kalau nak tengok gambar, ada sini.








Dalam keretapi kami jumpa journalist. Jangan jeles kalau kami masuk magazine nanti. Hahaha..

Dan, aku terpaksa buka satu akaun Facebook sebab mereka kata senang nak tag-tag gambar. Itu Facebook, kena upgrade lagilah aku rasa. Aku kena up sampai empat kali gambar(s) yang sama walaupun kononnya boleh guna java juga. (Izat tak tahu lagi wonders of Multiply ni). Haihh.. trend sekaranglah guna Facebook. Apa yang best, aku pun tak tahu. Tapi terpaksalah. Di Facebook ramai kawan-kawan sini, di Friendster ramai kawan-kawan sekolah.

Hari ini Izat kata 'jom buat agar-agar strawberi!!'. Dia pergi petik strawberi semalam. Rugi sungguh aku tak ikut. Bayar murah, petik banyak. Walaupun aku tak suka makan strawberi, strawberi fresh yang dia petik semalam memang sedap. Tapi apa boleh bikin, badan aku sudah sakit-sakitlah. Dahlah tu, ajak pergi Nandos masa aku baru siap makan. Tak sempat nak jadi karnivor buas semalam.

Ini salah satu gambar terbaik aku ambil itu hari.



Amacam? Cun tak?

No comments: