Sunday 6 June 2010

Gila Manga

Hoho...agak kurang bahagia dengan internet di rumah yang macam biskut. Dan broadband juga coverage kurang di sini. Tapi masih melekat juga depan laptop. Baca manga.

Oleh kerana sangat leka, tak hirau sangat pasal makan pakai dan hal-hal rumah. Mak pula demam. Abah yang uruskan hal rumah. Sangat tak okay. Patutnya sebagai anak perempuan sulung, aku yang patut masak, kemas rumah, basuh baju etc. Ni semua Abah buat. Kerja aku baca manga dan main dengan Kecik.

Emm, jadi sangat kebudak-budakan bila balik rumah. Nak bermanja sokmo. Buat apa pun tak pandai.

Macam manalah nak jadi bini orang, mak orang kalau macam ni gayanya?

No comments: