Friday 5 February 2010

Rahmat

Terkejut mendapat SMS daripada Abang, berbunyi, 'Rumah Kak Ngah terbakar. Ni nak pergilah ni.'

Kak Ngah ni emak kepada Eda, member aku sejak sekolah lagi.

Terus tukar baju, sarung tudung dan kasut. Minta Abang singgah ambilkan, katanya dah sampai Lipis dah. Jadi aku kuatkan hati, menapak sampai ke luar dan naik bas ke Lipis.

Mula-mula singgah di Taman Lipis, sebab Mak Abang dan Kak Imah ada di sana, rumah saudara mereka. Kemudian baru kami ke rumah Kak Ngah.

Masa aku sampai, Kak Ngah tengah disoal oleh penyiasat bomba. Jadi aku tahu jugalah serba sedikit yang terjadi.

Masa tu pagi, dalam jam 9. Pakteh (adik Eda) sedang tidur dalam bilik. Dia terjaga sebab rasa panas yang amat sangat. Terkejut melihat api besar di dapur, berlari dia panggil mak dia yang kerja dekat-dekat situ.

Sementara pemergian Pakteh, tong gas meletup. Bergegar rumah (cerita jiran sebelah rumah).

Aku ada lihat keadaan rumah. Dapur memang hangus. Bau plastik hangus memang kuat. Mesin basuh, pinggan mangkuk dan almari habis hangus. Tak merebak ke bahagian depan rumah dan jiran kerana tangki air cair dan air melimpah ke atas api. AlhamduliLlah. Dan setelah itu, bomba datang.

Masalah utamanya jentera bomba tak boleh nak masuk ke kawasan perumahan tu sebab jalan terlalu kecil. Tambahan lagi, pili bomba yang terdekat dalam 100 - 200 meter lebih dari situ. Agak jauh.

Jadi, sekarang mereka tinggal di rumah saudara buat sementara waktu. Pakaian memang hanya apa yang dipakai. Selebihnya ada yang terbakar, ada yang berdebu dan berminyak. Katil, tilam, pakaian yang lain basah sebab tangki melimpah + air dari bomba. Buku sekolah sempat diselamatkan sebakul sahaja.

Kebakaran berlaku dalam jam 9 pagi. Aku dapat berita dalam jam 3 petang. Eda pula balik kerja jam 5.30 petang. Memang menangis sangat dia tadi. Puas juga dipujuk abah dia.

Aku terfikir. Sekejap sangat harta yang kita kumpul boleh hilang. Benda-benda yang kita sayang, yang kita hargai. Mudah ke nak kata pada dia, 'sabarlah...', sedangkan kita tak sampai pada tahap perasaan dia semasa tu. All I did was keep quite and let them calm down. Takut kata-kata mencambahkan kemarahan.

That is one episode of life. Kita melihat, ada yang terkesan dihati, ada yang biasa saja pada kita. But we, ourselves, got our own episodes in life. And not all are happy. Someday, will be our turn. Blame the fate? God? We won't say something like that because we are not yet be tested.

Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, 'Kami telah beriman,' dan mereka tidak diuji?
Al-'Ankabut : Ayat 2


P/S : I got the photos, malangnya lupa tak ada card reader, tinggal kat rumah. Will be updated later, insyaAllah.

No comments: