Thursday 9 July 2009

Demam Dah Kebah...Sikit

Haba tu, masih ada lagi dalam badan aku. Aku tak guna pun kain lembap atau apa-apa yang boleh kurangkan haba dalam badan aku. Kalau ada pun, pakai nipis saja. Tapi last-last berselimut dan ber'duvet'. Haha..

Dan kaki kena berstokin. Kalau tak, kaki aku akan kebas. Kebas dan sakit.

Aku ada seorang junior, yang result exam-nya tak memberansangkan. Tapi dia masih punya peluang untuk resit (menduduki semula) 5 paper yang dia gagal. Walaupun sebenarnya, aku nak dia lulus dan terus berada di sini, tapi dalam hati aku, aku harapkan dia ikut aku balik sama.

Sebab utama, adalah sebab yang jahat!! Aku terlalu risau sekarang jadi aku perlukan teman senasib. Jahat tak? Jahat tak?

Sebab kedua, semakin bertambah tahun pengajian, semakin sukar tahapnya. Kalau kita hanya tak cemerlang dalam exam SAHAJA, tapi faham apa yang diajarkan dalam kelas dan boleh buat latihan, jadi masih berbaloi untuk terus berada di sini.

Tapi, kalau kita sememangnya duduk dalam kelas, dan dengar cikgu mengajar macam cakap bahasa ayam yang tak register langsung sepatah perkataan dalam kepala otak kita, baik baliklah. Masuk maktab lebih bagus.

Orang kata, sebelum ni, aku kena BERSYUKUR, sebab bukan mudah nak sampai di sini. Aku dah kira bertuah, sebab lebih ramai orang yang layak, tapi tak dapat peluang, atau tak berkemampuan nak datang.

Bukan tak bersyukur, this is too much for me.

Aku teringat masa aku di SBP dulu, keadaan aku lebih kurang macam ni juga. Teruk, dan memilukan. Aku rasa, masa tu 'sewel' aku mula menampakkan diri. Kalau tak, tekanan biasa saja.

Setelah tiga kali begini, dan setelah bertahun mengalami, aku dapat simpulkan, aku tak perlukan tempat yang terlalu berprestij untuk berjaya. Aku tak boleh hidup di kalangan orang super genius.

And, I wasted 4 years of my life doing all this thing. Rugi, rugi jugalah rasa.

No comments: