Wednesday 1 July 2009

Berdebor

Aaa.. aku berniat nak puasa esok. Lagi sejam masuk Subuh. Lepas tu puasa lebih kurang 18 jam 15 minit. Tapi esok hujan. Hujan sejuk (tak jugak...), dan sedap tidur. Aku plan untuk tidur siang esok, sampai jam 9 petang kalau boleh. Bangun sekejap untuk Zuhur saja. Kena tidur dekat-dekat tengah hari. Ataupun, kalau esok dvd Harry Potter (ke Porter?) sampai, tengok sampai lebam. 5 movie = 10 jam. Lagi 8 jam, tidur. Ya, aku takut dengan kehausan esok hari. Sangat was-was nak puasa. Iman ni, makin lama makin nipis. Baru aku sedar tadi, dah lama aku tak dengar pengisian agama. Baru sedar, betapa super banyak dosa aku buat dalam beberapa bulan ni.

Selalunya, bila nak puasa ni, macam-macam godaan yang datang. Aku tak kisah kalau tak makan, tapi kalau tak minum, siksanya rasa.

Lagi dua hari bebeh!! Relax..relax..

Lemahnyalah jiwa sekarang. Tak tenang kerana dunia. Relax..relax..

No comments: