Wednesday 24 November 2010

Mari Berkenal-Kenalan

Sejak dua menjak aku merajinkan diri untuk berjogging, aku berkenalan dengan seorang pakcik berbangsa Cina. Dia yang tegur aku dulu, dan dia berminat untuk berborak dengan aku, mungkin sebab aku boleh berbahasa Inggeris dengan agak fasih. Makanya, kami berborak, baru dua kali. Kali pertama hanya berborak biasa-biasa dalam seminit dua. Kali kedua, kenal nama. Kami berborak berkenaan dialek-dialek yang digunakan oleh orang Cina. Dan aku temui sesuatu yang menarik, iaitu, walaupun tulisan yang digunakan ialah sama, seandainya dibaca oleh orang yang berlainan dialeknya, sebutan dan maknanya adalah berbeza. Sebagai contohnya, nama pakcik tersebut ialah NG. Apabila namanya ditulis dalam tulisan Cina, seandainya dibaca menggunakan dialek lain, boleh menjadi GOH. Dan contoh yang lain, walaupun nama pakcik itu sama dengan nama keluarga NG YEN YEN, namun cara untuk menulis perkataan NG itu adalah berbeza sebab dialek mereka berbeza.

Well, even taklah perkara menarik pun untuk dikongsi. Tapi hanya satu yang pasti, berkenal-kenalan tu, seronok sebenarnya. Tapi, taklah perlu sampai nak ber-rapat-rapatan kan? Kena ada batasnya juga. But then, he is a nice person to begin with.

No comments: