Friday 12 November 2010

Nak Menulis, Tapi.....

Really, rasa keinginan nak menulis tu kuat, tapi tak tahu perkara apa yang patut difokuskan.

Setiap kita mesti ada perkara yang kita inginkan dalam hidup. Dan kita selalunya tak berpuas hati dengan apa yang kita ada, sentiasa melihat bahawa orang lain adalah lebih bertuah dan bernasib baik daripada kita.
Bak pepatah, the grass is always greener on the other side.

Jadi, teruslah kepada bersyukur. Well, kita bersyukur yang kita masih hidup, tak hidup melarat, compared to certain people out there, di negara-negara lain. And we always here this bit of sentence 'Kita sepatutnya bersyukur dengan keamanan yang kita alami, dan seharusnyalah berusaha untuk terus mengekalkannya.'

But certainly, jealousy is everywhere. Kita mungkin cemburu dengan orang yang punya kereta yang lebih canggih, baju yang lagi cantik dan mahal, pakwe yang lebih handsome dan berduit, atau anak-anak yang bijak dan comel; as if that's the most important thing in the world.

Iri hati kita tentang perkara yang remeh, adalah melebihi perkara yang lebih penting dan lebih baik. For instance, kita cemburukan orang yang punya kereta yang lebih canggih, yang cantik dan bergaya. Some people might say, tak mengapalah seandainya cemburu dan iri itu mendorong seseorang itu untuk bekerja lebih kuat dan rajin untuk mencapai apa yang dia ingini. But think again, kerja kuat dengan niat nak punya kereta yang seperti itu? Kalaulah kali pertama dia pandu kereta yang baru sahaja dimilikinya hasil kerja kuatnya itu dia terlibat dengan kemalangan, bukankah terasa rugi? Rugi tenaga, rugi duit, dan yang lebih penting, rugi masa.

Menjadikan sesuatu sebagai pendorong untuk berjaya tidaklah salah. Tetapi ada baiknya seandainya pendorong itu, yang dalam masa yang sama merupakan niat untuk dia bekerja, merupakan sesuatu yang akan menjadi aset bagi kehidupan yang akan datang. Got what I mean?

Seseorang yang cemburu dengan rakannya yang berduit banyak, berjaya menghantar anak-anak belajar tinggi hingga ke luar negara, akan berusaha bersungguh-sungguh, untuk menampung kehidupan anak-anaknya, supaya mereka juga berjaya dalam pelajaran agar mampu membawa perubahan yang baik kepada masyarakat sekitar ataupun mengubah dunia menjadi satu tempat yang lebih baik.

I have seen lots of parents, yang selalu berkata 'Belajar rajin-rajin, nanti dapat kerja elok, gaji besar, nanti senang. Tak payah susah-susah macam mak ayah ni, boleh duduk goyang kaki aje, semua orang gaji buatkan.'
Ibu bapa mengajar anak untuk menjadi Tuan dan bermalas-malasan. The first part is okay, but the rest of the sentence menunjukkan niat.

Come on! Money is not everything. Yes, it can make us happy sebab membolehkan kita mampu untuk buat apa saja yang kita ingini. Tapi duit juga boleh jadi racun yang merosakkan diri, apatah lagi bila disematkan dalam diri anak-anak sedari dari kecil. Dan sedarlah, semakin banyak harta yang kita ada, semakin kita rasa tak cukup. Dan akhirnya, boleh membuatkan kita lupa diri dan sanggup membunuh orang lain. Dan benarlah, money is the root of evil.

No comments: