Friday 26 March 2010

Refleksi Diri

Sesi refleksi diri, juga pengenalan sedikit sebanyak tentang aku, dulu dan sekarang.

Semalam aku mengingat-ingat, ke mana aku dah letak subang gelung yang tak perlu tindik kalau nak pakai tu. I used to wear a pair pada sebelah telinga sahaja, di bahagian tepi. What else eh? I also used to wear rantai hitam dengan loket tulang ikan (latest one is gigi tiger shark I bought at Dan-Yr-Ogof). Ahhh, jeans koyak dan t-shirt lusuh. Kadang-kadang short dress.

Then, I think I am more cheerful than before. But still tak ambil kisah sangat pasal orang lain dan suka menyendiri. Tapi sudah rasa bersemangat untuk hidup. Sesuatu yang aku rasa merupakan nikmat hidup yang tak terhingga yang pernah aku dapat. Pencarian bertahun lamanya; tersiksa, berendam air mata, putus asa dengan hidup, cubaan bunuh diri, menyiksa diri, buruk sangka dengan orang, rasa diri terlalu hina hingga rasa tak layak untuk hidup pun, rasa diri tak diperlukan dan macam-macam lagi perasaan negatif; kini hilang sebanyak 99%. Well, perasaan itu datang juga bila emosi tak stabil. But really, aku rasa sangat tenang sekarang berbanding dulu.

Dan aku juga dapat kurangkan merokok ke tahap yang sangat membanggakan. Never thought I can change this much.

Berpuas hati? Yepppp!! Oh, tidaklah berbangga dengan apa yang dicapai sekarang. Ada terasa seperti kehilangan identiti. Tapi apalah yang penting dengan identiti kalau jiwa tak tenang. APALAH GUNA HARTA BERTIMBUN KALAU TAK BAHAGIA.

Okay, semalam ada orang Belfast mengomel 'Kawin tak ajak!!'
He told me someone told him that aku dah kahwin bulan 1 baru ni. I hope that is a reality, but no, aku tak kahwin lagi.
Oh, bukan nak war-warkan yang aku single. No, aku tak single. I just.... not married yet.

No comments: