Friday 21 January 2011

Cuaca Kering

Oh, sangat kering dan menyakitkan. Bayangkan andai anda tidur sekejap untuk relax, kemudian bangun dengan hidung yang sakit kerana lembapan di dalamnya telah tersejat habis, dan begitu juga dengan badan anda. Kerehatan yang anda ingini, lemah pula yang anda dapat.

Cuaca yang panas memang bagus. Baju jadi kering, nak buat aktiviti luar mudah, nak berniaga pun insyaAllah lebih laris. Tapi bila rasa segala cecair badan dah disejat habis, boleh pengsan juga. Kalau kes yang lebih teruk, masuk hospital jugalah. Jadi kena banyak-banyak minum air masak. Nak ganti semula cecair yang telah hilang, kena kekalkan keseimbangan dalam badan. Elakkanlah daripada minum ais, dan juga air bergula. Sekali sekala boleh. Dan jangan ajar anak minum air sejuk dari peti sentiasa sampai tak boleh nak minum air masak biasa.

Nampak trivial kan? Trivial pun sebenarnya sangat penting. Lagi-lagi dalam cuaca macam ni.

No comments: