Saturday 22 January 2011

Saya Sayang Kamera Saya

Tapi kan, jealous juga bila tengok kamera orang lain yang lagi canggih. Tapi fikir-fikir semula, tak kisahlah guna kamera apa pun hatta kamera telefon bimbit 1.3Mp sekalipun. Seandainya pandai cari angle yang tepat, mahir teknik fotografi, pun boleh hasilkan gambar yang menarik.

Jadi aku bersyukur dengan D40 yang dah 3 tahun bersama-sama dengan aku. Mahirkan dulu dengan kamera tu, belajar betul-betul cara nak guna, manipulasi aperture dan shutter, white balance, ISO dan segalanyalah. Bila dah betul-betul mahir, baru fikir semula patut beli kamera baru atau tidak.

DAN,
mahirkan diri juga dengan photoshop. Semalam, aku main-main photoshop. Aku tak pernah baca manualnya, hanya belajar secara trial and error. Dan semalam aku dapat hasilkan satu gambar yang aku sangat puas hati hanya dengan main contrast saja. Sungguh tak sangka. Dan pastinya sangat gembira.



Benar kata kawan aku, untuk menghasilkan gambar yang cantik, menarik dan kreatif bukan hanya setakat tangkap gambar guna kamera mahal saja. Tapi ianya terletak pada kreativiti untuk mengolah gambar tu.

P/S: Sebenarnya ada report yang perlu dibuat, tapi boleh pula ralit main photoshop dari semalam. Hehe....

No comments: