Friday 23 April 2010

Kenapa Perlu Jadi Baik?

Ini pendapat peribadi.

Kenapa perlu jadi baik? Aku tak berminat nak bertudung dan berpakaian seperti yang anda lihat aku sekarang, andai tiada suruhan menutup aurat. Aku tidak berminat nak baca Quran, nak solat, atau buat suruhan-suruhan agama sekiranya aku tidak diperintah oleh Allah untuk buat.

Kontroversi bukan?

Bayangkan mereka yang tidak pernah menerima sinar Islam sepanjang hayat, tidak pernah mendengar langsung perkataan 'Islam' itu; namun mereka tidak busuk hati, berbuat baik sesama makhluk, tidak berkata kesat, berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan.

Adakah mereka itu dikategorikan sebagai jahat, ie lawan kepada baik?

Di sini letaknya budaya melabel. Kita melihat luaran sebagai tanda aras kebaikan seseorang. Jika mereka yang jenis pakai seluar pendek, bertindik di merata-rata, tatu sauh di tangan kanan (macam lagu Awang Thrasher pula); patutkah kita melabel mereka sebagai jahat?

Emm, a reminder to myself. Sebabnya, bila kita mula melabel orang, ada sesuatu yang tak betul dalam hati kita. Jika kita rasa Allah beri hidayah lebih awal kepada kita, usahakan agar mereka turut mendapat hidayah bersama-sama. Jangan pandang orang jahil dan kita saja yang betul. Semua manusia fitrah asalnya bersih. Manusia yang ada sekarang ni banyak dah debu-debu terpalit. Fitrah asalnya pun dah tercemar. Kalau tak, takkanlah sampai sanggup bunuh dan buang anak sendiri.

Jadi, tajuk di atas mungkin perlu diperbetulkan. Kenapa perlu jadi Muslim yang taat, kalau tak taat pun boleh jadi manusia yang baik?

Ahhhaaa!! Double controversy.

Ini, contoh paling best yang selalu digunakan ialah : saya tak pakai tudung pun, tapi saya tak ada pun buat benda tak senonoh macam budak-budak bertudung tu.

Macam mana ni? Pelik sungguh, perempuan yang tidak bertudung yang selalu dicop sebagai 'kurang baik' lebih berkelakuan baik daripada yang bertudung yang mewakili golongan 'baik'.

Remember one thing, tiap suruhan dan larangan Allah itu, kalau nak buat, kena buat KERANA ALLAH. Bila buat kerana Allah, kita akan faham, kita akan betul-betul hayati dan buat kerana nak bagi Allah suka sayang dan redha pada kita. Bukan sekadar fesyen, atau pandangan masyarakat, atau mak ayah atau pakwe suruh.

Masalah sekarang, Islam ikutan yang sekadar nama. Jadi mengikut sajalah. Ruh dalam jiwa tak hidup. Yang penting kita enjoy!!

Jadi, tahu dah kenapa perlu jadi Muslim yang taat dan baik?

No comments: