Tuesday 13 April 2010

Ketagih Nikotine Siri II

Sebelum ni aku cerita tentang ketagihan aku. Dan malam ni sungguh panjang. Aku dah tak larat, kepala sakit, tekak naik loya, perut memulas dan badan tak boleh nak rehat. Keadaan sekarang, aku rasa macam tak berhenti pun tak apa. Asalkan boleh dapat dos sikit demi sikit.

Aku cuba untuk berhenti. Tips aku dapat, hisap sampai muntah-muntah kalau boleh muntah hijau tu. Aku cuba tadi. Selepas siap assignment. Duduk kat tangga gelap sorang-sorang. Memang sakit. Rasa macam khayal tak boleh nak duduk rasa nak terlentok habis, kepala pusing, tekak kembang semacam.

Nasihat : tak payahlah cuba nak merokok. Lagi-lagi yang perempuan tu. Macam aku. Nak berhenti payah. Tak berhenti pun payah.

Serik? Entahlah. Aku tak rasa aku serik. Tiap kali aku bau asap tu, kepala aku jadi excited. Aku rasa seronok.

Minta maaf bagi sesiapa yang tengok aku, perangai tak serupa dengan apa yang korang nampak. Aku baru selangkah nak berubah.

Aku rasa aku tak sihat dalam kelas pagi nanti. Memang rasa tak sihat sangat ni.

No comments: