Saturday 17 April 2010

Muhasabah Diri

Merujuk kepada kata-kata yang terkandung dalam Cerpen: Bulan karangan Hilal Asyraf;

Kita ini hakikatnya buruk, dengan Islam kita bersinar unggul.


Aku rasa sangat tertarik. Analoginya mudah, bulan tanpa cahaya sangat buruk. Nampak kawah-kawah dan kelabu. Tapi bila bersinar, tak nampak keburukan tu, malah sangat cantik dan berseri. Begitulah kita manusia. Andai kita tak betul-betul fahami dan hayati Islam, tak menjadikan Islam sebagai asas hidup kita sebagai seorang manusia, buruklah kita. Bukan sahaja di dunia, malah sehingga di akhirat nanti. Tapi jika kita benar-benar menjadi seorang muslim yang mengamalkan Islam 100% in our life, kita akan bersinar dan memberi manfaat bukan sahaja kepada diri kita sendiri tapi keluarga kita, ibu bapa, adik beradik, suami, isteri, anak-anak, rakan-rakan, guru, dan semua manusia. Budi pekerti kita baik, pergaulan kita baik, akhlak, pelajaran, kehidupan dan semua aspek dalam hidup kita.

Nampak macam terlalu ideal bukan. Tapi para nabi, sahabat, tabi', tabi' tabi'in, alim ulama, dan orang-orang yang kita kenal yang wara', boleh laksanakan. Mereka juga manusia.

Jika asalnya para sahabat dulu adalah jahiliyyah; sembah berhala, percaya benda-benda khurafat, minum arak, membunuh anak-anak perempuan, tidak berlaku adil kepada orang-orang miskin dan hamba-hamba, leka dengan dunia, namun apabila memeluk Islam, mereka mampu menjadi orang-orang hebat yang tidak dapat disangkal lagi oleh sesiapa. Dan mereka itu hanya manusia, mereka melakukan kesilapan dan dosa-dosa besar pada awal kehidupan mereka.

Kita juga manusia. Kita mampu untuk menjadi seseorang yang berjiwa kental seperti para sahabat. Kita mampu jadi orang yang hebat. Kita boleh, dan kita kena usaha. Ruh kita kena hidup, dan untuk hidup semestinya dengan Islam.

So, it is never too late to change.

No comments: