Sunday 22 August 2010

Apa Kes Hari Ahad Bangun Awal Tak Tido Balik Pastu Kemas-Kemas Bilik Basuh Baju Semua????

Hahahahahaha...sengal!!

Oleh kerana keadaan air di sini sangat menyedihkan, maka apabila tiba peluang air ada, maka bergumbiralah rakyat jelata berkejar-kejaran seawal jam 1 pagi membasuh baju dan mengumpul air, mandi tu memanglah, malahan sampai ada yang memang nak kena pelangkung pegi potong queue.

Sekarang baru jam 11. Aku dah melepek dah. Macam mana nak balik rumah ni? Oh, takpe. Sanggup bersusah payah demi beriani kambing. Hari ni nak serbu restoran mamak, kalaulah tak penuh. Kalau penuh pun, tapau saja. Pedulikkan!! Aku dah lebih seminggu menahan gelora hati.

Oh Mak dan Abah tercinta!! Anakandamu ingin pulang.

Heh, tak boleh blah. Padahal rumah dekat aje. Abah nak ambil dan hantar, masing-masing sibuk di bazar saban hari. Makanya, aku tak dapatlah nak balik selalu. Next week balik untuk PBS pun Abang yang hantarkan. Mujur lepas tu duduk rumah terus sampai habis raya.

OK, itu benda akan datang. Sekarang ni fikirkan tentang beriani kambing, kemudian buat kerja.

Aku risau aku pengsan saja. Ada gaya dah ni.

No comments: