Wednesday 11 August 2010

Here Goes The First Day....

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Semoga keberkatan yang ada di dalam bulan ini kita rasai bersama dan sama-samalah kita ambil kesempatan untuk memperbaiki diri dan amalan kita, supaya menjadi manusia dan muslim yang baik dan paling penting, bertaqwa.

Aku taklah nak cakap banyak sangat kali ni. Sementara nak set-up 'attach file' di e-mail, nak bercerita berkenaan hari pertama berpuasa di sini. Sebenarnya, sejak semalam sibuk dan tak fikir sangat nak berpuasa. Plus, aku memang ada tabiat tidur siang, dan siang tadi sangat perlu tidur sebab malamnya aku tidur jam 5.30. So, basically aku rasa sangat penat.

Puasa kali ni, rasanya macam puasa zaman kolej dulu, ie disebabkan TAKNAK ke surau dan TAKNAK solat Maghrib dulu baru makan, aku berbuka dengan MAGGI selama sebulan. Makan nasi hanya waktu sahur. Tapi bagus jugalah ada dewan makan. Makanan memang terjamin ada, dan sedap. Sekarang ni, bukanlah macam dulu sampai BENCI surau. Cuba untuk ke surau. Memang sangat malas. Dan rasa lagi berbaloi duduk bilik buat kerja, ataupun just melepak. Tapi, orang bodoh saja yang masuk lombong emas tapi tak bawa keluar emas walau sedikit pun. Itu, perumpamaan yang seorang lecturer aku bagi. Ramadhan kali ni, aku harap dapatlah tarawih sekurang-kurangnya 5 hari. Rasanya dah 7 tahun tak tarawih. Kali terakhir kalau tak silap aku masa di SHAH dulu.

Berbuka puasa hari ni, mengingatkan aku zaman hidup di UK dulu. Makan apa saja yang ada. Berhari-hari tak makan nasi itu adalah biasa. Kerjanya hanyalah mengadap laptop. Makan bila rasa nak makan saja. Bukan perkara penting.
About the same here. Bezanya dulu berpoya-poya, sekarang ni mengadap laptop buat kerja yang bertimbun-timbun.

I just hope, akan ada perubahan bagi diri aku selepas Ramadhan kali ni. Dan mula dari Ramadhan lepas, aku mula dan cuba biasakan diri dengan tudung labuh. Alhamdulillah setakat ini okay, dan harap Ramadhan kali ni akan tetap hati aku untuk bertudung labuh. That's physically. Dalamannya, yang pertama sekali agak aku teguh hati untuk jadi seorang muslimah dan tak kembali jadi jahat balik. And the rest will follow.

No comments: