Friday 13 August 2010

Mansuh Tak Mansuh Itu Kerja Orang Atas

Aku nak kata 100% setuju UPSR & PMR mansuh ni, tidaklah. Bak kata kebanyakan orang, modify mengikut keperluan semasa. Yalah, sekarang ni ibu bapa ramai yang mendesak anak dapat gred A. Kalaulah boleh, semua subjek yang ada, semuanya nak ambil. Kalau yang jenis pintar cerdas tu, biarlah. Tapi bagi yang lemah? Yang berkeperluan khas? Yang mahir dalam amali dan praktikal tapi lemah dalam menjawab soalan peperiksaan?

Semuanya kena kira. Make it 40-50% kerja kursus dan projek, a small proportion on monthly test or regular observations, and the rest on exams. Maka yang lahirnya, pelajar yang berkualiti dan punya tenaga kerja yang mahir. Bukan graduan atas kertas semata-mata.

Di kawasan perumahan aku ramai sangat dah yang berhenti sekolah. Bukan sebab miskin, atau bodoh. Tapi dah jemu.

Kalau budak-budak dah malas dan jemu nak belajar, macam mana dengan masa depan? Yang rosak itu MUSLIM. Bukan orang lain.

No comments: