Wednesday 4 August 2010

Sakit Kepala, Tekak, Badan, Hati

Sakit kepala dan badan itu, sebab angin attack. Tak boleh minum kopi, tapi minum juga. Well, ubat sebenarnya, kind of. Itu pun sepatutnya 2 kali sehari, aku minum sekali sehari saja. Kalau tak, mau pengsan angin menyerang bertubi-tubi.

Sakit tekak ni, entahlah. Kering sangat kot. Minum air dah banyak dah, kena minum banyak lagi.

Sakit hati pula sebab internet agak slow. Tengah download video dari Youtube, untuk materials for Science Exhibition next week. Sebelum download, Firefox ada masalah entah apa tah. Lepas ni aku nak install semulalah benda ni. Even jarang sangat guna Firefox, tapi sangat berguna untuk download banyak benda.

Emm, dah lama blog aku tak bertukar wajah. Header tu sebenarnya untuk blog MinahRok. Tapi aku dah malas nak sambung siri tu. Jadi aku guna saja untuk blog ni. Dan, aku kembali ke 'langsirkalerbiru'!! Hati dah terubat mungkin, dari kesedihan masa lalu. Dan sekarang aku tengah transfer entri-entri yang ada di Multiply. Sayang sangat, entri aku sejak 2007 dah pun aku delete. Dalam sebulan aku selalunya taip 50 - 60 entri, kali 12 dah 720. Kemudian kalau darab 3, dapat 2160. Memang sangat banyak. Tapi itulah, dulu cepat sangat berasa hati, tertekan, ikut perasaan etc. Semua kena delete, konon nak lari dari semua. Hehe...

Itu zaman muda yang banyak pancaroba. Sekarang pun banyak, cuma dah cool down sikit.

Minggu ni aku rasa minggu paling tak best. Esok ada PJ 3 jam, Jumaat ada Pedagogi 4 jam dan tak boleh nak balik rumah sebab ada kelas ganti pada hari Sabtunya. Tapi mungkin balik juga petang Sabtu nanti, depends pada keadaan.

Okay, nak sambung usha handbags di Amazon UK. Sangat thrilled okay!!

No comments: