Friday 29 October 2010

Jangan Mengikut Macam Lembu

Aku tertarik dengan satu ayat yang pernah aku baca tak lama dahulu.
Orang Melayu ni, kalau tentang isu sensitif agama, memang berkobar-kobar berjuang; walaupun dia tak sembahyang!

Dan juga,
Menurut kajian, lebih kurang 80% orang Islam di Malaysia ni tak solat.

Dan lagi satu,
Wanita Barat yang memeluk Islam, juga mengenakan hijab, sedangkan ramai yang lahir asalnya Muslim tidak berbuat demikian.

Tambah lagi satu,
Tidakkah mereka sedar bahawa pengunjung utama kelab-kelab malam adalah anak-anak muda Melayu beragama Islam?

Di atas adalah antara contoh kepincangan umat Islam, bukan sahaja di negara kita malahan di dunia.

Baru sahaja, aku membaca coretan seorang atheist. Sungguh, aku tertarik dengan pemikiran atheist. Ini kerana mereka berfikir. Berbanding dengan orang yang namanya Islam tapi ikut-ikutan, yang seterusnya menjurus kepada masalah-masalah yang aku sebut di atas.

Dalam dunia kini, memang sudah ramai yang menjadi atheist. Kebanyakannya adalah mereka yang dahulunya beragama Kristian. Ini sebab keruntuhan institusi agama itu sendiri, pelakuan penganut dan juga prinsip agama itu sendiri. Dan tidak mustahil boleh terjadi dalam masyarakat Islam kita andainya nilai agama itu hanyalah warisan turun temurun. Lihat sekitar kita dan nilaikan.

Memetik kembali persoalan semalam,
Orang Barat mengatakan, orang Islam jauh ketinggalan dalam Sains dan Teknologi adalah kerana mereka terlalu banyak beribadat.

Simply said here, terlalu menekankan ritual agama berbanding kemajuan dalam kehidupan.

Aku menafsir Sains dan Teknologi sebagai satu alat dalam membantu kehidupan kita, bukan menjadikan kita semakin malas, ataupun sebagai sesuatu untuk kita berlumba-lumba dan bermegah memilikinya. Begitu juga dengan wang dan kekayaan. Hanyalah alat untuk kita memiliki satu kehidupan yang selesa dan mudah, bukanlah sesuatu untuk dikumpul dan bermegah-megah kerananya.

Namun begitu, lihatlah dunia kita. Segalanya mengikut trend. Bukan sahaja mengenai soal agama sahaja, malahan dalam hampir segala hal. Pernahkah kita melihat kawan kita membeli telefon bimbit baru dan kita pun punya keinginan untuk memilikinya, atau memiliki yang lebih canggih daripada itu?

Tapi tiap manusia ada kemahuan. Tak salah nak ikut. Tapi jangan sampai keterlaluan. Bila keterlaluan, segala-galanya tak lagi memenuhi kehendak, tapi memenuhi nafsu yang tak pernah puas. Pernah dengar ungkapan 'semakin kaya seseorang itu, semakin dia rasa tidak cukup?'

Pemerhatian aku, kita mengasingkan dunia dan akhirat. Ramai yang tak sedar, satu pergerakan niat dalam hati boleh membawa kesan di akhirat nanti, apatah lagi perlakuan tubuh badan. Maksudnya, apa sahaja yang kita lakukan sekarang, akan memberi impak di akhirat nanti. Jadi tidak ada istilah 'dunia, dunia juga, akhirat jangan lupa'. Hanya satu yang nyata, apa kita buat di dunia ada balasannya di akhirat.

No comments: