Friday 29 October 2010

Kenyang Perut Suka Hati

Pertama sekali saya ingin menyampaikan penghargaan buat Fazita Mohamad yang membelikan saya makanan sebentar tadi, juga kepada Siti (Nur) Haliza Ali sebab mengambil order. Hehe...

Orait, just now berborak dengan teman sebilik, aku mengatakan yang aku sekarang ni makin malas. Well, always malas. To people yang pernah bertandang ke bilik aku, walau di mana juga (except at KYUEM sebab masa tu bilik aku memang selalu kemas), memang nampak limpahan dan longgokan beg, pakaian, kertas-kertas dan barang-barang seperti pin, wayar, botol-botol, fail, klip kertas dan sebagainya sama ada di atas katil, di atas lantai, mahupun di atas meja. Not that I didn't try to tidy them up, but I always ended up kemas dalam sejam dua, tak sampai 10 minit dah bersepah semula.

Mak fedap tau!!!!

Nak balik rumah, nak cuci mata shopping, nak...... nak satu book shelf nak letak buku. Kecil pun jadilah. Letak dalam compartment meja ni tak tersusun langsung. Last-last jadi timbunan saja. Nak pilih buku pun susah. Dahlah kertas berlambak. Okay, filing system aku memang zero. Sebab tu selalu bersepah.

Oh, I wish aku akan jadi lebih sistematik. Nak dapat ruang tambahan of course tak dapat kan? Emmm, baru sekarang terfikir. Bilik ni kecil. My current barang pun bukanlah banyak pun. But the compartments available are not easily accessible. Ruang besar kat atas tu, bukannya senang nak letak barang pun. Sampai kena panjat almari baru dapat nak isi barang.
Untuk penyelesaian, selalu aku buka pintu luas-luas untuk memberi ilusi ruang kepada bilik ni. Kalau dulu, aku suka guna cermin besar untuk buat ilusi ruang ni. Tapi di sini, belum ada lagilah rasa nak beli cermin besar. Kalau ada pun, tak tahu nak letak mana.

Just now I told Abang, alangkah bagusnya ada bilik yang lagi luas, ada rumah sendiri. Bukanlah nak berangan bukan-bukan. Ruang yang terlalu kecil boleh menyebabkan tekanan. Dahlah aku jenis malas sikit nak keluar dari sini (sebabnya malas nak pakai attire lengkap, and it is hot in here).

Aku ada terfikir, boleh lagi ke aku nak jalan kaki selama 30 minit tanpa henti macam yang aku pernah buat dulu. Di UK, berjalan kaki sangat normal. Memang rata-rata penduduk di sana berjalan kaki dan berbasikal instead of using car. Tapi macam tak sesuai saja nak buat di sini. Salah satunya sebab heat. Secondly, bahaya sebab kenderaan di sini bawak ikut dan saja. And lastly, sebab bukan budaya so rasa macam awkward sikit. So as cycling. Nak sangat buat, but then sangat bahaya. Akhir sekali, kesimpulan dibuat dengan menyatakan tak perlulah nak buat sangat. Unless di kawasan perumahan sahaja.

Kita jarang bersenam kan? Aku nak sangat. Tapi tak larat. Kenapa aku rasa aku makin lemah ye?

No comments: