Saturday 16 October 2010

Marah: Muhasabah Diri

Mengenang kembali hari semalam yang tidak dapat dikawal perasaan negatifnya, aku duduk dan fikir, kenapa perlu aku marah? Adakah dengan marah-marah dan mengamuk selesai segala masalah. Sebagai orang kerdil dan tak punya apa-apa makna pada diri orang tersebut kecuali kerja, makanya hendak tak hendak aku kena bergerak. Kena kerja. Sebab itu yang diminta. Dan alhamduliLlah dalam keadaan hati yang panas, badan yang menggeletar menahan marah dan gelodak dalam perut yang tak henti-henti meminta darah, aku berjaya juga menyiapkan sedikit tugasan yang diberi. Kepuasan? Tidak. Sedikit pun tidak. Malah mengeluh, dan masih lagi dalam jiwa yang tertekan. Ikutkan hati tak perlu tidur saja pagi tadi. Biar berjaga hingga pagi hari menyiapkan semua tugasan dan seterusnya menyeret badan yang lemah ke kelas biar pengsan sahaja dek kepenatan amat sangat, namun dah dipujuk si buah hati maka tidur jugalah aku.

Seriously, bila dalam keadaan marah, segalanya bercampur baur dan salah faham berleluasa. Namun dalam masa yang sama tetap ingin menyalahkan orang itu dan orang ini; siapa sahaja yang salah faham. Walau sedar orang lain lebih berat bebannya namun tetap mahu marah. Marah itu hak aku, dan aku ingin marah. Menahan berkali-kali tak mungkin dapat, walaupun tidak mustahil saja untuk marah. Jadi aku katakan pada diri, biarlah jadi buruk nama dan orang tak suka. Buat apakah tiap kali punya perasaan perlu disekat-sekat dan dihalang perasaan itu. Bukan aku menyusahkan mereka pun. Aku bising-bising pun tidak mengusik mereka sedikit pun.

Makanya muhasabah diri ini tidaklah berguna kali ini sebabnya aku dah malas nak tahan perasaan ini.

4 comments:

Anonymous said...

dasyat ayat ni mai

~langsirkalerbiru~ said...

dahsyat eh?

well, seems macam ye. menulis dengan penuh perasaan.

Anonymous said...

mmg dasyat , luahan terlalu dalam , sy harap dapat meluahkan mcm mai tapi susah buat ayat

~langsirkalerbiru~ said...

biasakan buat catatan peribadi.